Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Isnin, 16 Ogos 2010

Kata Pak Lah




Setelah hampir dua tahun Pak Lah melepaskan kerusi PM, SMS kira inilah masa terbaik menyatakan sikap pemaju terhadap projek yang SMS cadangkan pada kerajaan melalui Pak Lah agar semua pihak mengambil ikhtibar dan rasa insaf atas kesalahan dan dosa terhadap rakyat. Dosa jawatan, dosa tidak amanah dan seumpamanya. Semuanya bakal ditanggung masing2 di akhirat nanti. Namun, menyedari hakikat yang kita semua masih di muka bumi maka kewajaran urusan dunia ini sama2 kita bincangkan untuk memperbetulkan perkara2 berkait. Sempena Ramadhan, bulan yang mulia ini, suda pasti inilah masa terbaik untuk SMS menyatakan sikap anda yang terlibat agar kembali insaf atas perbuatan tidak amanah dan dosa. Mudah2an ia tidak berulang pada masa2 akan datang dan JANGAN SEKALI2 apatah lagi BERKALI melakukannya khususnya kepada para kontrakter. Kalau anda suda memasuki dunia ini maka berazamlah menjadi kontraktor Islam yang baik. Anda tidak tahu dan memang tidak mahu tahu setelah keuntungan yang anda perolehi dari kerja2 yang SMS usulkan pada kerajaan anda perolehnya dengan untung atas angin. Anda kini barangkali sedang tersenyum megah dan dabik dada atas keberhasilan anda. SMS tidak hairan sikap anda dan menjangkakan ia pasti berlaku sebagai mana info2 dan pengalaman yang pernah SMS lalui selama ini.

Jika rintangan pedih dan sakit rasa itu dituruti pasti SMS tenggelam bersama kalian dalam gelanggang nafsu.
Namun, rasa itu mati begitu sahaja bila Islam dan Allah yang menjadi keyakinan SMS masih berpaksi dalam diri. Meski sebelumnya ramai rakan berkata JANGAN, namun SMS masih mengharapkan agar ada kebaikan dan keinsafan yang anda zahirkan melalui perubahan2 anda di akhir2 pertemuan kita. Anda menjadikan masjid, tasbih dan kupiah sebagai sahabat anda. Orang selalu berkata, jangan menilai buku dari kulitnya. Tapi, kita sama2 manusia yang dicipta oleh Allah. Sedang Allah membuka rahmat dan keampunannya begitu luas, siapa pula SMS untuk melebihinya. Sebab itu, SMS yakin bahawa tidak mungkin anda akan bersikap TALAM DUA MUKA meski sana sini orang berkata tentang sejarah hitam anda . SMS masih melihat anda sebagai kain hitam yang kini sedang memutih. Harapan SMS tinggal harapan bila sikap TAMAK HALOBA membungkus anda saat ini. Anda lupa kisah QARUN yang kaya raya dan tidak bersyukur lalu tenggelam ditelan bumi akibat ingkar pada hukum Allah. Ingatlah anda bahawa keberhasilan anda itu atas kepercayaan Pak Lah pada SMS. Atas rasa kebertanggungjawapan Pak Lah terhadap orang2 mualaf di Sabah . Selama hampir 10 tahun SMS bergelanggang dalam dunia mualaf tanpa dana dan akhirnya ada pemimpin yang dapat melihat tanggungjawab ini beria-ia menyokong dan membantu, anda pula telah mencantas jalan ini. SMS masih ingat janji anda di Masjid Kota Marudu; “Aku ikut saja dengan kamu ( SMS ) kerana ini usaha kamu”. Sangat cantik kata2 anda. Semoga dengan kenyataan ini anda sedar kembali. Berilah hak mereka. Ambillah hak anda. SMS Cuma memberi ingatan, agar anda tidak menyesal kemudian hari. Jangan sampai nanti anda berkata pada SMS “ kenapa tidak bagi ingatan?”

Pesan Pak Lah pada SMS, ” Kau jangan ikut politik dan jangan buat apa2 kerja. Kau buatlah kerja2 kau, jaga mualaf kau dan saya akan bantu kerja2 kau” . Inilah kata2 yang membuat banyak pihak tersenyum malah talian hp SMS ini bagaikan pejabat berdering tak habis2an datang dari pelbagai pihak. Semuanya meninggalkan harapan agar nama mualaf terbela. SMS buat kerja SMS. Anda dan anda2 yang lain juga buat kerja sehingga dapat manisnya. SMS dapat manisnya bila beberapa surau di pedalaman Sabah dinaiktaraf atas cadangan SMS. Tapi, orang2 mualaf yang miskin masih tinggal seprti itu. Janji kalian hilang diterbang angin haloba. Kedatangan Pak Lah ke Pulau Banggi juga ada cerita. InsyaAllah kisah SMS bersama Pak Lah ini dalam usaha membukukannya dengan tujuan para mualaf di mana juga berada terutama di Sabah tidak bersikap diam dan tutup mulut . Bersuaralah pada siapa saja. Anda punya hak. Mereka punya kewajiban menjawab dan membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi