Saat menanti pertukaran tahun, sambutan sana sini biasanya akan diadakan . Biasanya ramai yang menyambut pertukaran tahun dengan mengadakan perhimpunan di kelab-kelab malam , di pantai-pantai, di perkarangan rumah dan di mana sahaja tempat pilihan sambil minum-minum, mengadakan BBQ , mandi-manda, berkaraoke, dan sebagainya disertai dengan semangat dan azam baru tahun 2010. Ikhtibar lalu memperlihatkan kesibukan mengadakan pelbagai acara seperti ini adakalanya mengundang peristiwa tragis akibat kecuaian dan kelalaian kita dalam sambutan seperti ini.
Kepada umat Islam, SMS ingatkan agar menjauhi sambutan tahun baru yang mencampuradukkan fahaman-fahaman KHURAFAT seperti mandi buang sial di sungai dan menghayutkan segala seluar dan baju yang kononnya mengharapkan peristiwa-peristiwa 2009 yang sial-sial hanyut bersama tahun 2009. Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali bahkan mengundang dosa. Sebaiknya, marilah kita imbas semula diari 2009 kita sambil kita lihat sudut mana yang wajar ditambah dan dikurangkan pada tahun 2010 nanti.
Kita sedar sebagai insan, manusia sanggup berbuat apa sahaja jika tidak mengawal hawa nafsu. Sanggup membunuh, sanggup memfitnah, sanggup berbuat di luar batasan dan sanggup segala-galanya kerana kepentingan peribadi. Inilah yang akan terjadi jika tidak ingat Allah. Ayuh, pada dosa-dosa yang pernah kita lakukan, kita mohonlah keampunan dari Allah. Kita taubatlah dengan taubat nasuhah usah berhenti memohon rahmah Allah. Pun kesalahan yang telah kita lakukan kepada sesama manusia berupa fitnah dan seumpamanya, kita wajib meminta kemaafan daripada manusia-manusia terlibat.
Akhir sekali, SMS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melangkah ke tahun 2010. Semoga tahun ini amal kita pada ALLAH lebih baik dari tahun 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi