Era ini, dunia internet semakin mendapat tempat di hati pengguna sebagai medan mendapatkan maklumat. Pelbagai berita disajikan di dalamnya termasuklah pendapat –pendapat serta buah fikiran para pengguna pelbagai peringkat usia dan pendidikan. Carilah apa saja isu, semuanya tersedia di hujung jari. Kepantasan mendapatkan maklumat hanya beberapa saat sahaja.
Sewajarnya, dunia Islam mengambil peluang ini untuk mmenyampaikan kesyumulan Islam sejati sekali gus menyangkal pandangan-pandangan negatif terhadapnya yang menganggap Islam itu jumud dan sebagainya. Peluang yang ada untuk mengguna kemudahan ini sebagai satu medium dakwah seharusnya digunakan sebaik mungkin. Marilah kita sama-sama menggunakannya dengan niat dan tujuan yang betul. Mudah-mudahan kita bukan sahaja mendapat kemudahan dan keseronokan menggunakannya bahkan mendapat pahala ibadah kerana niat, InsyaAllah.
Untuk tujuan ini, Radio Online Sabahan Utarafm. telah mewujudkan Segmen Dunia Nasyid Anda kini ditukar kepada Dunia Nasyid dengan memutarkan pelbagai irama nasyid dalam pelbagai rentak disusuli tazkirah dan info-info semasa dunia Islam. Bagaimanapun, segmen ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan daripada para pendengar khususnya masyarakat Islam. Oleh itu, sebagai DJ yang dipertanggungjawabkan mengendali segmen ini, saya merayu agar saudara-saudara semua menyumbang buah fikiran sekali gus membantu merancang dan memperbaiki persembahan segmen ini agar menjadi lebih baik dan mantap. Sebarang komen, buah fikiran atau cadangan silalah hantar ke emil alfateh_one@yahoo.com. Sisipan soal jawab Islam yang memfokuskan permasalahan hukum hakam ibadah dan sebagainya, bicara karya dan berita semasa dunia Islam juga akan turut dimuat dalam Segmen Dunia Nasyid ini.
Saya merayu sekali lagi kepada masyarakat Islam agar sama-sama mengangkat segmen ini. Koleksi lagu-lagu nasyid anda juga dialu-alukan untuk dihantar kepada kami sebagai tambahan koleksi sedia ada.
Akhir sekali, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada DJ Rumputt selaku penerbit utarafm yang telah memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan segmen ini. Begitu juga saya rakamkan terima kasih saya kepada semua kru utarafm. Kepada pendengar-pendengar setia segmen ini, utarafm amat menghargai anda, terima kasih semuanya. Teruskanlah bersama utarafm di talian Http://utarafm.net atau Http://nazri-suaramualaf.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi