Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 8 Disember 2009

Siapa Bersalah ?


Rinawati binti Danil
Anak sulung En. Danil Masidul


Danil bin Masidul
Encik Danil telah berkahwin pada 20 Nov 1975 dengan pasangannya Pn. Melly Binti Majalin dan telah memeluk Islam pada 26 Okt 2006. Hasil perkahwinan, beliau dengan pasangan telah dikurniakan 5 orang anak; 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Anak-anaknya lebih awal memeluk Islam hasil usaha dakwah keluarga. Semalam SMS mendapat pesanan ringkas dari pihak bakal pengantin perempuan iaitu Pn. Jamatiah Majalin, ibu saudara kepada pengantin perempuan memberitahu bahawa permohonan pernikahan Rinawati binti Danil dengan Rujim Bin Majinou telah ditolak pihak JHEAINS Kota Marudu dengan alasan pihak JHEAINS Kota Marudu tidak dapat menjalankan upacara pernikahan bakal pengantin kerana kedudukan wali yang meragukan. Sebagai NGO mualaf dan keluarga pada Rinawati, SMS agak terkilan dengan alasan-alasan tidak munasabah yang diberikan pihak jabatan agama berkaitan kes mereka. Akhirnya, kes mereka dihantar ke mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk mendapatkan kelulusan. SMS bergegas ke Mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk mendapatkan penjelasan kes pasangan ini. SMS kemudiannya mendapat penjelasan seperti berikut;

1. Perkahwinan Encik Danil bin Maidul dengan Melly binti Majalin akan diteliti oleh pihak makhamah untuk menentukan kedudukan samada beliau ( Encik Danil) boleh menjadi wali atau sebaliknya, sementara keputusan muktamadnya akan diketahui pada 10 Disember 2009.

SMS sendiri telah berjumpa dengan salah seorang kakitangan mahkamah sekali gus mengemukakan pelbagai pertanyaan dan kemungkinan-kemungkinan dalam kes ini. Antaranya mengapa bapanya dilihat oleh JHEAINS Kota Marudu sebagai tidak layak menjadi wali atau di ragui statusnya ? Seharusnya pihak JHEAINS Kota Marudu menjelaskan sejelas-jelasnya kenapa status Encik Danil sebagai wali diragui sehingga pihak-pihak berkaitan termasuk SMS jelas dengan perkara ini. Menurut JHEAINS Kota Marudu,kes ini telah dirujuk kepada mufti dan Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, justeru, segala urusan kelulusan pernikahan ditentukan oleh pihak mahkamah di Kota Kinabalu. SMS memohon dan meminta agar semua jabatan agama di Malaysia meneliti kes. Perkara yang tidak jelas seperti ini, lebih-lebih lagi melibatkan hukum amatlah mengelirukan dan sedikit sebanyak mengguris perasaan masyarakat Dusun Islam .

SMS menyeru para alim ulamak, guru-guru agama, ilmuan Islam seluruh dunia agar dapat memberi maklumbalas berkaitan kes ini. Keterangan lanjut cerita ini bolehlah berhubung dengan SMS di talian ini 019539476


Rujim bin Majinou
Bakal pengantin lelaki yang juga seorang mualaf bersuku Dusun Kimaragang.

5 ulasan:

  1. Inilah akibatnya kalau pihak berwajib hanya membuat kerja sekerat jalan.Sepatutnya bagi setiap orang yang memeluk islam diadakan follow up.Pastikan mereka mendapat tunjuk ajar yang sepatutnya supaya mereka lebih faham dan dapat menikmati keindahan islam.

    BalasPadam
  2. Tolonglah drg ni Nazri kesian pula macamana boleh jadi begini.Ahmad Din Osman(anak Babu Undaun/Adik Hj Ahmad Ali Osman yg di Penerangan,KM dulu) di mahkamah syariah KK tu keluarga kita juga jumpa la dia.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Apa alasan yang tuan rasakan tidak munasabah itu?

    BalasPadam
  4. kyro - alhamdulillah mereka telah selamat di nikahkah di kampung selepas pihak mahkamah menolak keraguan yg di timbulkan oleh pihak pegawai JAHEAINS kota marudu.

    BalasPadam
  5. Abu - Alasan yg ditimbulkan pihak jheains kota marudu adalah; ibu bapa pasangan ( Rinawati Danil ) berkahwin mengikut adat Pagan, manakala pihak mahkamah syariah menyatakan perkahwinan Pagan adalah sama dengan perkahwinan agama Kristian maka, tiada alasan untuk berwali hakim. Apa yg saya tahu, pegawai terbabit telah menghadiri satu taklimat yang berkait dengan kes seperti ini. Kandungan taklimat itu telah digunapakai oleh pegawai terbabit sebagai alasan pasangan ini perlu berwalikan hakim . Selain itu, pegawai terbabit telah menyatakan bahawa kes tersebut telah beliau rujuk kepada mufti dan mahkamah..Justeru, beliau telah mengeluarkan satu surat agar pasangan ini dirujukkan ke mahkamah syariah.

    Ringkasnya, saya melihat kes ini sebagai kecuaian pihak pegawai berkaitan.

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi