Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 16 Mei 2010

promosi percuma

Umum mengetahui bahawa acara2 tahunan di beberapa daerah  di negeri Sabah diadakan dengan tema2 tertentu sebagai satu cara mempromosi sesuatu tempat  atau daerah dalam negeri . Namun, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali  malah ada yang tidak pernah tahu tentang kewujudan tempat atau acara2 yang dijalankan itu. Oleh itu, peluang dan tempat  yang terbuka  wajar diberi oleh  pihak kerajaan, swasta dan badan2 NGO atau mana2 agensi   yang terlibat dalam pengendalian acara2 besar ini kepada jurugambar2 merangkap aktivis  blog, web, facebook, dan pelbagai saluran maya yang lain  untuk mereka membuat liputan   program2  terbuka  yang berlangsung  sebagai satu strategi promosi.

Harus diambil kira bahawa, tanggungjawab memperkenalkan tempat 2 dalam negeri bukan sahaja terletak di bahu media2 kerajaan bahkan media2 terbuka seperti blog, website dan facebook. Walaupun rata-ratanya dikendalikan secara individu namun pengaruh, pengikut dan pembaca tersendiri yang ada pada media maya seperti ini tidak dapat dinafikan. Bahkan jika perlu, sumbangan mereka  harus dimartabatkan oleh pihak kerajaan. Kalau dulu, media cetak dan media eletronik  menjadi tumpuan  para pembaca dan pendengar untuk dapatkan berita dan info dunia, namun  hari ini  tidak lagi kerana pengguna punya pilihan melalui alam maya.
Meskipun nanti  ruang untuk  membuat berita dan sebagainya diberi kepada pihak2 ini,  kawalan berita harus  dipantau  dari masa ke masa oleh pihak2 berkaitan untuk keselamatan agama, bangsa dan negara. Mungkin boleh difikirkan bentuk penghargaan seperti ucapan terima kasih atau yang seumpamanya kepada mereka kerana tidak rugi memberi  penghargaan atas keterlibatan  mereka dalam satu2 program. Harus diingat, mereka juga manusia biasa yang suka pada ucapan terima kasih.


Seperkara lagi, pihak penganjur satu 2 program wajar melihat kedatangan mereka  sebagai penyumbang kepada  keuntungan, pengaruh dan kedatangan penonton , peserta, dan sebagainya. Melalui pos2 mereka , gambar, mesej 2 pendek, artikel dan sebagainya yang dihebahkan mengikut program , secara langsung  bakal mempromosikan tempat2 atau daerah2 seluruh Sabah.  Oleh itu, tidak wajarlah  jika pihak penganjur meletakkan syarat  yang memberati  tukang2 promosi percuma seperti meminta bayaran kepada jurugambar  seperti yang berlaku di beberapa tempat. Jika ini dibuat  maka, di manakah letaknya slogan rakyat didahulukan? Sepatutnya, pihak penganjurlah yang wajar membayar jurugambar untuk  tujuan promosi. Pun tidak,  ucapkanlah terima kasih untuk mereka kerana telah  ringan tangan mempromosikan tempat2   beserta  acara2  yang ada di Sabah. Itu sudah  memadai sebagai bukti kasih kepada negara.

Akhirnya,   jika perlu, pihak penganjur  wajar memasukkan agenda kedatangan mereka  dalam mesyuarat  dengan syarat2 yang munasabah. Jika perlu berprotokol atau sebagainya, tidak salah jika diberitahu dan disebarkan secara bersistem. Jangan pula mereka dihalau tanpa alasan2 tidak munasabah.  Jika ini dilakukan oleh pihak berkaitan, ia bakal  mengundang pelbagai pesepsi dalam tulisan2 mereka kerana tidak diberi penjelasan.  Apakah  mereka tidak layak berada dalam program tersebut atau bagaimana? Justeru,  harus diperjelaskan . Jangan menghalau mereka tanpa ikhlas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi