Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 4 Mei 2010

Facebook Mualaf Minta Senator.


 

http://www.facebook.com/pages/Mualaf-Minta-Senator/108835862492208?ref=ts
Terima kasih saya ucapkan kepada sdri Norafni Mamel Satumin, orang pertama yang saya kira mempromosikan laman Mualaf Minta Senator kepada rakan2nya dengan mengambil petikan kata2 Dato Dr. Fadzillah Kamsah, tokoh motivasi negara dan kata2 seorang ustaz bersuku Dusun. Semua pandangan dan kata2 itu amatlah bererti pada dunia Islam dan dunia Mualaf .

Namun, masih ada di kalangan umat Islam di Malaysia ini kurang faham bahkan tidak memahami permasalahan mualaf menyebabkan timbul pelbagai teori dan lontaran2 pemikiran semata-mata turut serta menangani permasalahan para mualaf. Kesannya, sehingga ke hari ini, permasalahan para mualaf ini belum ada titik akhir yang melegakan. Bagi saya, pandangan individu2 yang membicarakan isu2 mualaf ini boleh dikategorikan kepada beberapa kelompok antaranya; pandangan orang awam yang terdiri daripada orang2 politik, pandangan orang akademik, pandangan jabatan agama, pandangan badan2 NGO dan pandangan individu2 Islam yang kebiasaannya berbeza disebabkan pengamatan mereka juga dari pelbagai sudut yang berbeza. Pandangan orang yang melihat pada hak sebenar golongan mualaf tidak perlu dipertikai kerana hak2 saudara baru telah dinyatakan dengan jelas oleh Allah dan Rasul. Jika dipertikai juga, maka kita akan menjadi penentang Allah dan Rasul, na’uzubillah.

Pandangan orang politik lebih cenderung kepada kepentingan perjuangan parti yang didukung mereka. Kedengarannya masih berbaur keislaman walaupun kesannya lebih memberi keuntungan kepada perjuangan parti mereka dan ada bau penyeksaan kepada golongan mualaf itu sendiri. Senario yang dapat kita imbau ialah pada zaman USNO dan BERJAYA dulu. Pada waktu itu, dua badan politik ini telah memprogramkan pengislaman secara beramai2 dan dibuat sehabis-habisan demi mencapai perjuangan politik waktu itu. Bilangan orang Islam perlu ditambah seramainya di Sabah agar Islam diangkat sebagai agama rasmi Sabah. Meramaikan umat itu kita sokong. Menjadikan Islam sebagai agama rasmi sesebuah negeri juga kita sokong. Namun, cara yang dibuat tika itu dilihat dunia Islam sebagai permainan kotor yang tidak mengikut hukum pelaksanaannya. Nabi dan para sahabat mengislamkan kaum kafir di zamannya kerana seruan menyampaikan kebenaran sedangkan parti2 ini mengislamkan orang2 Dusun waktu itu semata2 memenuhi syarat perundangan yang dikehendaki perlembagaan. Justeru, ribuan kaum Dusun yang diislamkan telah diabai begitu sahaja tanpa didikan, jauh sekali kefahaman terhadap ajaran Islam sendiri. Maka, tidak hairanlah jika hari ini, kita bertemu dengan seorang Dusun bernama Karim bin Adam tapi agamanya nukan Islam.

Jabatan2 agama pula dikekang kuasa yang termaktub dalam peraturan pemerintah. Para pegawainya bekerja mengikut prosedur yang dirasai kebirokrasiannya. Banyak masalah mualaf yang boleh ditangani dengan cepat menjadi amat lambat dan perlahan solusinya sehingga menyusahkan golongan mualaf itu sendiri. Manakala golongan akademik pula melihat mualaf berpandukan kertas bertulis atau kitab perundangan sedia ada. Akibatnya, banyak pandangan2 mereka tidak berpihak kepada mualaf. Sebagai contoh, seorang ahli akademik dari UMS menyatakan fakta berkaitan Islam di Sabah yang sebenarnya kuat dan ramai berbanding agama2 lain. Fakta ini benar jika dirujuk semata-mata dalam kertas dan buku yang ditulis kerana peristiwa pengislaman beramai2 itu menampakkan keramaian dan kekuatan berpihak pada Islam. Namun, kenapa pihak2 ini tidak berani menyatakan kes-kes yang tidak menampakkan kekuatan seperti kes murtad, pendidikan para mualaf yang diabai dan sebagainya?

Badan2 NGO pula kebanyakannya hidup segan mati tak mahu kerana tidak mendapat sokongan dari pihak pemerintah secara total . Harus diingat bahawa, badan NGO di Sabah tidak sama seperti di Semenanjung yg dibelakangi para jutawan dan orang2 politik. Badan2 NGO di Sabah rata-ratanya hanya berlatar belakangkan semangat dan perjuangan .

Sementara pandangan orang perseorangan pula hanya dicakap2kan di kalangan mereka sahaja. Kalaupun mereka bersuara di mana2 jabatan atau dengan mana2 wakil rakyat, suara mereka hanyalah seperti salakan seekor anjing ke bukit kaku yang tidak mungkin roboh ataupun runtuh dengan salakan itu. Justeru, dengan adanya senator mualaf pasti suara2 ini akan sampai kepada pihak2 yang sewajarnya. Oleh itu, meminta pihak kerajaan melantik seorang senator di kalangan mualaf ini adalah pendekatan terbaik menangani masalah para mualaf.

Akhir sekali, silalah ikuti suara hati para mualaf di ruangan halaman ini dari masa ke masa dan teruskan memberi pandangan dan sokongan. Moga ia sedikit sebanyak membantu pihak kerajaan membuat penilaian sewajarnya berkaitan tuntutan melantik seorang senator mualaf.
 
 
Masya-Allah!  Sekampung habis murtad

 
Oleh Shamran Sarahan

Sumber: http://grenbara.bravejournal.com/entry/22716
 

Suatu pagi, seorang lelaki separuh umur berkunjung ke sebuah perkampungan di Kudat, Sabah. Lelaki itu sedang melakukan research bagi menyiapkan latihan ilmiah pengajiannya disebuah istitut pengajian tinggi awam.
Kajian lelaki tersebut berkaitan dengan tinjuan permasalahan mualaf  mualaf di kawasan berkenaan. Apakah yang telah dilakukan dan telah diperolehi  lelaki tersebut?
Sebagaimana yang diketahui oleh lelakia itu atau lebih mesra di panggil Ustaz Iskandar, seluruh penduduk kampung tersebut adalah mualaf! Pada sekitar tahun 1970an, kebanyakan suku Rungus di situ telah menganut agama Islam.  Bagi mengetahui  perkembangan saudara saudara baru Islam di sana, Ustaz Iskandar telah melanjutkan permasalahan tersebut dalam kajian latihan ilmiah pengajiannya.  Ustaz Iskandar mahu mendapatkan respons, bagaimana gerakan dakwah Islamiah yang mereka telah terima dan bagaimana pula mereka hidup sebagai orang Islam?
 Pertama sekali, Ustaz Iskandar telah mengedarkan beberapa borang soal selidik kepada orang orang kampung. Setelah borang soal selidik disebarkan timbul pula satu masalah!  Penduduk kampung disitu tidak memberi kerjasama, mereka tidak mahu mengisi borang tersebut. Ustaz Iskandar memikirkan satu alternatif lain pula. Dia telah berjumpa sendiri dengan penduduk penduduk kampung tersebut.  Dari sebuah rumah ke sebuah rumah, Ustaz Iskandar bersua muka dengan penduduk penduduk disitu
Namun, harapan  Ustaz Iskandar untuk mendapatkan maklum balas yang positif tidak kesampaian. Bukannya penduduk kampung tidak mahu berjumpa dengannya, tapi ada permasalahan lain. Ia sama sekali tidak seperti yang disangkakannya. Apakah jawapan yang telah diterima oleh Ustaz Iskandar?
Ustaz Iskandar memandu keretanya ke Kota Kinabalu menuju ke daerah Kudat pada waktu tengahari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Apabila tiba waktu Zuhur, Ustaz Iskandar singgah ke sebuah kawasan perkampungan untuk mencari surau ataupun masjid.  Dari satu kampung ke satu kampung, Ustaz Iskandar tercari cari tempat untuk beribadat. Tapi, dia hampa. Ada ditemuinya surau suarau di kampung tertentu, tetapi semuanya tidak boleh digunakan. Terdapat surau dan  masjid yang sudah terlalu usang, dinding reput dan atapnya bocor.
Ustaz Iskandar tertanya tanya, apakah sebenarnya yang telah berlaku di kampung tersebut?  Adakah masyarakat di situ tidak beribadat lagi dirumah Allah? Yang paling menghairankan Ustaz Iskandar, ada surau surau yang tinggal rangka, kayu papan dindingnya terlah tercabut. Kubahnya saja yang tertinggal!
Di sebuah surau,  Ustaz Iskandar dapati keadaan terlalu daif. Terlalu kotor, catnya lusuh, berhabuk dan terdapat barang barang orang kampung seperti cangkul, bakul bakul dan kampit yang ditinggalkan di situ. Masjid itu dijadikan stor!
Sewaktu hendak menunaikan solat Zuhur, Ustaz Iskandar terpaksa membersihkan tempat hendak sujud kerana dipenuhi debu dan habuk. Selepas solat, Ustaz Iskandar telah menemui beberapa  orang kampung yang tinggal berhampiran surau tersebut untuk mengetahui sebab muabab mengapa keadaan begitu terjadi.
 Salah seorang penduduk kampung memberitahu: “Bah …. Tiada orang yang pergi sembahyang lagi disana. Jadi itulah yang terjadi!”
Masya-Allah!! Ustaz Iskandar beristigfar beberapa kali apabila mendengar jawapan tersebut. Dia dimaklumkan, tiada sesiapa daripada penduduk kampung tersebut yang mahu bertanggungjawab menjaga surau. Sebab itulah, surau tertsebut tidak terurus, kotor dan terbiar lantas dijadikan stor.
“Dulu kerajaan yang membuat surau ini! Kalau tidak silap saya, dalam tahun 70an atau 80an dulu. Saya tidak ingat bila! Dulu dulu, orang kampung pakai juga surau ini. Sekarang tidak lagi!” terangg penduduk kampung tersebut. Umurnya sekitar 50an.
 
Mengapa? Tanya Ustaz Iskandar lanjut.
 
“Buat apa kami mau pergi sembahyang di surau itu. Kami bukan orang Islam lagi! Kami orang Kristian, kami sembahyang di gereja,” jawab penduduk kampung itu lagi.
Ustaz Iskandar tersentak lagi. Dia mengajukan pertanyaan, kalau begitu begaimana pula dengan orang orang Islam yang tinggal di kampung tersebut? Di mana mereka beribadat dan bersembahyang berjemaah?
Penduduk kampung tadi menjawab: “Kami semua orang Kristian, bah. Tiada lagi orang Islam disini!”
Makin terkedu Ustaz Iskandar mendangar jawapan di luar digaanya itu. Beberapa orang penduduk kampung lagi yang ditemui disitu, jawapanya yang serupa diterima: Kami bukan orang Islam lagi!”
Ustaz Iskandar meninggalkan kampung tersebut dan menuju ke sebuah kampung lagi yang menjadi fokus kajiannya. Sebeum sampai ke kampung tersebut, Ustaz Iskandar mengharapkan keadaannya berbeza dengan kampung yang baru disinggahinya tadi. Namun apa yang dibayangkan meleset. Sekali lagi Ustaz Iskandar mendapat khabar yang serupa, penduduk kampung di situ tidak lagi beragama Islam.
a sama sekali berbeza dengan maklumat yang diketahuinya tentang kampung kampung tersebut sebelum ini, mereka sepatutnya beragama Islam.
 
Apakah yang terjadi sebenarnya?
Memang mengejutkan. Tiap tiap kampung yang dikaji Ustaz Iskandar itu habis kesemuanya murtad. Dari ketua kampung, tok imam, tok bilal sampai kepada guru al-Quran telah memeluk agama lain.
“Bukannya seorang dua yang telah  bertukar agama, tapi satu kampung! Mengapa jadi begitu? Kita perlu serius tanganinya. Masalahnya ini menunjukkan kelemahan kita.
Dulu masjid dan surau di sana ada dilaunkan azan, ada orang berjemaah, belajar mengaji tapi sekarang tidak lagi. Suraunya sudah hampir roboh.
“Kalau Mastika tak percaya boleh pergi  ke sana,” terang Ustaz Iskandar sewaktu kami bertemu dengannya di sebuah lokasi sekitar Mengatal, Kota Kinabalu.
Ustaz Iskandar memang sangat berbesar hati untuk berjumpa dengan Mastika. Dia mahu menceritakan segala galanya dan apakah sebenarnya yang telah berlaku di kampung kampung tersebut semasa kajian dibuat pada tahun 2003 itu.
“Memang mulanya saya mahu membuat kajian tentang mualaf mualaf yang berada di Sabah. Saya mahu fokuskan kajian saya terhadap sejauh mana kefahaman mereka tentang Islam? Tapi, apa yang saya perolehi sama sekali tidak saya duga! Perkara sebaliknya yang saya jumpa,” cerita Ustaz Iskandar
Hasil penyelidikan Ustaz Iskandar,  mualaf mualaf yang murtad di kampung berkenaan sebenarnya berlaku atas sebab tiada bimbingan. Kebanyakan penduduk di situ tidak di dakwah sebaik baiknya.
“Ada diantara penduduk kampung yang langsung tak tau tentang Islam, buta tentang  agama ini. Mereka Cuma tau, orang Islam kena sembahyang, kena puasa! Dan, Tuhan orang Islam ialah Allah. Lihatlah betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang Islam. Sebab itu mereka senang bertukar ke agama lain.
“Sekitar tahun 70an dulu, ramai diantara mereka ini telah diIslamkan. Bukan satu dua orang, tapi sekampung. Sayangnya, mereka ini diabaikan, akhirnya sekampung murtad. Salah siapa?” tanya Ustaz Iskandar.
 
Terangnya, ramai di kalangan penduduk penduduk yang diIslamkan itu berkaitan dengan politik semasa di sabah. Kalau mereka menyertai parti tertentu, mereka aecara automatik menganut agama Islam.
“ Ini sebenarnya kes lama. Orang orang kampung ini dijanjikan duit! Kalau masuk parti berkenaan, bererti mereka harus menerima Islam. Mereka dijanjikan wang sebanyak RM250 kalau menganut Islam.
“Tapi, ada antara orang kampung yang ditipu. Duit tak diberi satu sen pun!. Lama kelamaan, orang orang kampung bertukar fikiran. Mereka sertai pula gerakan agama lain.
“Daripada apa yang saya ketahui. Gerakan agama ini menjanjikan wang juga.  Mereka beri orang orang kampung RM280, dan mereka tunaikan janji mereka. Selepas itulah, ramain orang kampung di situ yang bertukar agama.
 
“Pada saya, cara ini tak kena langsung. Duit sebenarnya soal kedua, yang penting sekali dakwah. Dakwah lagi penting! Apa guna mereka masuk Islam kerana duit! Soal Islam itu sendiri mereka tak tahu,” terang  Ustaz Iskandar panjang lebar.
 
Yang lebih menyedihkan, ada kalangan penduduk kampung yang murtad ini pandai mengaji dan bersembahyang tetapi termakan pujukan pihak lain.
“Dah jelas, di manan silapnya? Syiar Islam itu sendiri tak ditegakkan. Saya nak cakap banyak pun susah. Tapi tidak ramai orang yang mehu berjihad untuk menggerakkan dakwah Islam ini  secara total,” jelalsnya.
Berkali kali Ustaz Iskandar nyatakan pada kami, apa yang berlaku ini adalah kegagalan yang paling besar orang Islam sendiri.
“Kita harus insaf dengan apa yang terjadi,” tegas Ustaz Iskandar. Dia betul betul menyesal.
Kami bertanya, bagaimana pula orang orang kampung tersebut boleh murtad? Siapa dalangnya?
Jawab Ustaz Iskandar: “Tiada sesiapa yang menjadi dalang!  Saya dah nyatakan tadi, ini kelemahan paling besar orang Islam. Gerakan agama lain, lebih aktif. Mereka berdakwah bersungguh sungguh.
“Bayangkan, anak anak orang kampung diberi bantuan perekolahan. Duit, buku, pakaian semua diberinya. Ini satu bonus yang cukup besar. Tambah tambah pula, sewaktu mereka  menganut Islam dulu, mereka tidak dibimbing dan diberi perhatian sewajarnya,” jelas Ustaz Iskandar.
 
Di akhir perbualan kami, Ustaz Iskandar menyarankan kami supaya berjumpa sendiri dengan penduduk penduduk kampung yang telah murtad untuk mengetahui sendiri secara lebih dekat.
Pada hari berikutnya, kita kira pukul 10.00 pagi, kami tiba dikampung yang dimaksudkan oleh Ustaz Iskandar  tadi. Tiada siapa pun yang tahu tujuan kedatangan Mastika ke sana. Kami ingin mencungkil rahsia mengapa habis sekampung murtad?
Di sebuah rumah, Mastika menyapa seorang lelaki muda berusia sekitar 30an. Tanpa berselindung, kami berterus terang memberitahu ingin mengetahui mengapa semua penduduk kampung tersebut murtad dan memeluk agama kristian.
“Bah! Saya tak dapat tolong. Kalau begitu, bagus kamu cakap sama saya punya bapa.  Dia orang lama disini,” kata pemuda itu pada kami lalu membawa ke rumahnya.
Kami djjemput naik ke sebuah rumah papan berbetuk empat segi beratapkan zink.  Kami dijamu dengan  teh panas dan sebotol air tapai.
“Minum …. Jangan segan segan,” kata bapa  pemuda tadi, dia sekadar mahu diperkenalkan sebagai Joseph.  Sambil itu Joseph menyatakan pada kami: “Saya tak mahu persoalkan  pasal agama, sama ada Islam atau kristian. Saya anggap semua agama sama! Semua membawa kebaikan!” Kata katanya begitu serius.
Kami nyatakan pada Joseph bukan begitu niat sebenar kami. Tujuan kami sebenarnya bukan  untuk mempersoalkan tentang sesuatu agama, tetapi bagaimana tentang Joseph sendiri?  Dulu Islam, mengapa keluar dari Islam? Soalan terakhir kami ingin tahu mengapa habis sekampung murtad?
 
Joseph akhirnya tersenyum. Dia mula faham apa maklumat  yang ingin kami tahu.  Joseph pun bercerita bagaimana punca dia menganut agama Islam antaranya  kerana ajakan dari parti politik tertentu.  Joseph langsung tidak mengetahui apa tujuannya memeluk agama Islam ketika itu. Pada Joseph, ia tidak lebih dari soal politik.
“Ada orang datang kampung kami, ajar kami  pasal Islam. Kami tak tahu siapa dia orang, mungkin dari jabatan agama. Tapi, tak lama. Lepas pilihan raya orang tu tak datang lagi,” jelasnya sambil mengajak meneguk the panas terhidang.Kami tanya pula, mengapa hal itu berlaku?  Joseph menjawab tidak tahu. Selepas itu, kata Joseph beberapa tahun kemudian dia terlibat pula dengan satu gerakan keagamaan. Pada Joseph, agama tersebut bergerak lebih konsisten.
 
“Setiap minggu, kami satu kampung dibawa berkumpul. Kami diajar pasal agama itu. Saya senang dengan agama ini. Bukan itu saja, mereka tolong anak anak kami belajar! Saya tak risau pasal belanja. Apa saja kami nak mereka bagi,” katanya.
Lalu, kami bertanya apakah bantuan yang mereka terima?  Menurut Joseph, dalam agama tersebut, terdapat sekolah sekolah tertentu yang ditaja pihak berkenaan. Sekolah itu juga menyediakan asrama untuk kemudahan pelajar pelajar tersebut.
“Anak anak saya semua tiada masalah masa belajar! Dari sekolah redah sampaikan sekolah menengah. Setiap hari, mereka beri sepuluh ringgit!
 
Buku buku percuma. Makan minum saya tak risau, sebab dia orang tinggal asrama. Sampai masuk univarsiti, anak saya masih mereka tolong,” terang Joseph tersenyum.
 
Dia menunjukkan gambar dua orang anaknya yang meneruima ijazah di luar negara. Gambar itu terlekat di dinding rumahnya.
Joseph kemudain bersuara: “Kamu percaya, kristian itu agama yang benar?” katanya. Kami terdiam!
 “Ya… kamu tahu, kan akhir zaman nanti, Jesus akan turun ke bumi. Jesus kalau dalam Islam ialah Nabi Isa. Kalau Islam benar, mengapa Nabi Isa yang akan turun di akhir zaman nanti?” tanya Joseph tenang.
 
Kami tidak mahu berdebat pasal Jesus atau siapa benar dan siapa salah. Tujuan kami Cuma ingin tahu sebab musabab mengapa habis sekampung semua murtad. Sekarang kami sudah tahu puncanya.  Kami terus bersembang. Dari apa yang diperbualkan Joseph, kami dapati dia banyak mengetahui tentang Islam. Dia tahu Rukun Islam, kenal siapa Allah, dan juga tahu tentang semua ibadat yang dilakukan orang orang Islam.
“Saya pernah jadi orang Islam, sebab itu saya tahu!”. Kata Joseph sambil tersenyum.
Setelah hampir dua jam kami bersembang, kami tinggalkan Joseph. Kami bertemu pula dengan beberapa orang penduduk kampung. Tapi, kami tidak mendapat maklum balas positif.
  
Salah seorang dari penduduk kampung yang kami temui berkata:”Kami bukan Islam lagi, bah. Kami ikut agama mana yang kami mahu. Tak payahlah ganggu kami!”.
Katanya lagi: “ Kami terbuka pasal agama. Saya tak kisah kalau anak saya masuk Islam atau Kristian. Seorang anak perempuan saya masuk islam balik, saya tak kisah. Anak saya tu kahwin dengan orang Johor. Yang penting dia suka, saya okey. Sudahlah, biar kami dengan agama kami sekarang!”
Sekitar pukul 3.00 petang, kami tinggalkan kampung tersebut kerana ada antara orang orang kampung yang tidak senang dengan kedatangan kami. Bagi menggelakkan sebarang syak wasangka kami terus pulang ke Kota Kinabalu.
 
Dua hari kemudian, kami berjumpa semula Ustaz Iskandar. Kami beritahunya, cerita tentang sekampung penduduk Islam murtad itu memang benar.  Mereka sekarang senang dengan agama baru yang banyak membantu mereka dari soal persekolahan anak anak sehinggalah duit poket.
Tapi sikap pendakwah dan jabatan agama Islam kita sendiri bagaimana?
“Jangan  hairan! Macam yang saya katakan sebelum  ni, kita tak boleh nak salahkan orang lain, apa yang berlaku adalah kelemahan kita sendiri….” Beritahu Ustaz Iskandar mengakhiri perbualan.
 
Mastika Februari 2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi