Rakaman di atas merupakan sebahagian program yang dijalankan bermula tahun 2004 sehinga ke hari ini. Program ini melibatkan kampung-kampung di pedalaman Sabah dan dilakukan oleh pendakwah bebas Hj. Abdul Halim Abas yang berasal dari Kedah bersama beberapa rakan lain. Ada ketikanya, program seumpama ini hanya didatangi oleh beberapa orang sahaja. Namun, itu bukanlah penghalang bagi pendakwah ini. Beliaulah antara yang banyak membantu gerakan dakwah dalam masyarakat pedalaman selama ini,
Semoga paparan ini membuatkan kita bertambah yakin terhadap nikmat iman dan Islam yang kita terima. Rakan2 lain mendapatkan Islam dengan melalui liku2 pahit beserta tangisan air mata kerana berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran. Sebahagian mereka berjaya melepasi cabaran ini manakala yang lain masih terhalang niat mereka sehingga hari ini. Lalu, siapakah yang harus dipersalah ? Mungkin juga kita kerana tidak memberi jalan keluar bagi permasalahan mereka, sekali gus gagal membantu mereka. Ingatlah, tidak cukup hanya sekadar kasihan sahaja pada nasib mereka ini. kita harus bertindak dengan apa cara sekali pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi