Radio Online Sabahan Utarafm, satu-satunya radio online di Malaysia yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah, kini maju setapak dengan mengendalikan satu lagi segmen berbentuk dakwah iaitu segmen Dunia Nasyid Anda.
Menurut pengendali segmen DNA saudara Nazri Abdullah @ DJaldusuni, sudah tiba masanya para penggiat dakwah seluruh dunia mengambil peluang atas keterbukaan sistem internet terkini. Dakwah memerlukan pelbagai cara untuk disampaikan kepada lapisan-lapisan masyarakat, justeru, tidak salah jika keterbukaan ICT yang ada digunakan secara optima untuk maksud ini. Tidak dinafikan para tokoh, ilmuwan dan pakar-pakar dalam bidang agama telah menceburkan diri dan bersama-sama menjadikan ICT sebagai salah satu medium dakwah tetapi masih tidak dapat bersaing dengan pengguna-pengguna lain yang tampil jauh lebih maju dengan pelbagai bentuk persembahan semata-mata ingin menarik para pengguna ICT untuk bersama-sama mencapai misi mereka justeru mereka sedar, mahu atau tidak, masyarakat seluruh dunia bertumpu ke dunia ICT untuk mendapatkan apa jua maklumat.
Demikian, utarafm mengambil peluang yang ada dengan mengendalikan DNA yang berunsur hiburan dan dakwah sekali gus mengisi kehendak mereka yang gemarkan hiburan dan informasi berunsur dakwah. Antara sisipan dalam segmen ini ialah petikan-petikan tafsir alQuran, hadis, ceramah-ceramah pendek dan soal jawab agama. Bagaimanapun, sisipan-sisipan ini bakal ditambah dari masa ke masa mengikut kesesuaian.
Harapan DNA agar komitmen, teguran dan buah fikiran pelbagai pihak khususnya Jabatan Agama dan pakar-pakar ilmuwan Islam dapat diberikan dari masa ke masa kerana ia bakal amat membantu segmen ini tampil lebih baik. Utarafm khasnya DNA dalam rangka mempertingkatkan lagi kualiti penyampaiannya amat berbesar hati jika ada di antara penyumbang di luar sana yang sudi membiayai program-program kelolaan DNAdan utarafm. Semoga kemunculan DNA dalam radio online bakal menyemarakkan dunia dakwah Islam khususnya di Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi