SMS sedang berbincang dengan Pegawai Pembangunan Daerah Kota Marudu berkaitan kewujudan Utarafm dan segmen yang dikemudi SMS setiap hari; Jangan Lupa Bah dan Dunia Nasyid Anda. Ketika berlangsungnya Pesta Jagung di Kota Marudu, dan sebelumnya 2 pesta lain iaitu Pesta Kubis dan Pesta Durian di Ranau, SMS tertanya-tanya ke mana perginya gerai pameran Jabatan Agama Negeri dan Persekutuan serta badan NGO muslim sedangkan badan-badan lain berebut-rebut mengambil peluang ini semata-mata mahu bertemu masyarakat. Mereka kelihatannya amat bersemangat mengadakan gerai pameran. Mungkinkah pihak berkaitan merasakan segala pesta ini tidak relewan untuk dijadikan pentas dakwah ? Jika inilah jawabannya, maka jelas pihak berkaitan masih JUMUD dengan method dakwah. Nampaknya, ribuan manusia yang berkunjung, berkunjung dan bersantai begitu sahaja saja sedang inilah peluangnya untuk kita mempamerkan ' Islam sebagai Cara Hidup ' kepada mereka yang bukan Islam. SMS memerhatikan pengunjung-pengunjung yang berada di ketiga-tiga pesta yang dihadiri Utarafm kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Islam yang ke hulu ke hilir mencari sesuatu. Alangkah baiknya, jika peluang begini diambil oleh jabatan-jabatan agama untuk turut serta mempamerkan bentuk-bentuk khidmat dan info-info ilmu kepada pengunjung.
UtaraFm bersama-sama dalam Pesta Jagung 2009 dengan membawa pelbagai bentuk hiburan dan info-info semasa sepanjang pesta berlangsung. Pada pandangan SMS, pihak-pihak berkaitan sewajarnya membantu mereka serta menyokong usaha murni mereka untuk menjadikan media elektronik online sebagai penyampai ilmu dan info semasa.
Dj. PP, Dj. Rumput dan Dj. Siput sedang bergambar dengan salah seorang pendengar setia radio online Utarafm. Kalau orang lain boleh melihat fungsi radio online, mengapa pihak jabatan agama tidak melihat dan mengambil peluang ini untuk berkerjasama?
SMS mencadangkan beberapa perkarauntuk diperhalusi oleh jabatan-jabatan agama; 1. Mana-mana radio online di Malaysia, diberi laluan untuk membuat siaran langsung pelbagai program jabatan seperti khutbah jumaat, perayaan sambutan maulidrasul dan sebagainya. 2. mengadakan ceramah-ceramah agama , soal jawab agama, forum dan sebagainya melalui radio online.
Salam tuan.Saya sangat setuju dengan pandangan tuan.Saya juga berkesempatan ke pesta jagung tempoh hari dan tercari-cari gerai yang berkaitan dengan dakwah islamiah.Akhirnya pada hari ahad saya terjumpa sebuah gerai yang baru dibuka yang menjual berbagai jenis buku termasuklah buku2 agama islam.Sayangnya penjual buku ini bukan orang islam....
BalasPadam