Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Isnin, 16 November 2009

Dakwah di Hujung Jari


SMS sedang on air dengan segmen ' Irama Nasyid Anda ' di UTARA FM yang bermula jam 4.00 petang sehingga jam 6.00 petang setiap hari. Meskipun masih kekurangan dari segi peralatan dan pengisian segmen, SMS tetap komited meneruskan segmen ini . Justeru, badan-badan NGO disaran untuk membantu dan bekerjasama memberikan info-info berkaitan untuk dijadikan bahan sekali gus disiarkan dalam segmen ini. SMS turut merancang untuk menyiarkan segmen soal jawab agama dalam masa terdekat, insya Allah. Kepada badan-badan NGO dan jabatan- jabatan berkaitan khasnya jabatan agama yang mahu membuat siaran langsung program-program yang dikendalikan mereka, bolehlah berhubung dengan SMS di talian 019-5399476 atau 088-473446 (R)/ alfateh_one@yahoo.com atau berhubung langsung dengan utarafm. melalui emel dj@utarafm.net


Kemahiran dan kepakaran radio online UTARA FM; Radio rasmi badan-badan NGO Sabah tidak harus dipandang sebelah mata. Sudah sampai masanya jabatan-jabatan agama seperti JAKIM dan JHEAINS menjadikan mereka sebagai team penyampai dakwah kepada pendengar. Hanya perlu perancangan dan penyusunan bijak untuk mencapai target dakwah di Sabah. Kita harus sedar sekali gus mengoptimumkan keupayaan utama medan online ini. Jelas, ia merentasi dunia tanpa sempadan.


Untuk mengikuti siaran UTARA FM sila layari web ini; http://www.utarafm.net.




NGO Islam diminta tingkat kerjasama dakwah
( Utusan Malaysia )

KOTA KINABALU 15 Nov. - Semua Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di negeri ini diminta terus bekerjasama bagi menggerakkan aktiviti dakwah Islam di negeri ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, meskipun jalinan kerjasama antara pelbagai NGO Islam telah lama wujud di negeri ini, ia perlu dipertingkatkan lagi.

"Keperluan di Sabah pada masa ini amat mendesak dan NGO harus terus berkongsi kepakaran masing-masing memandangkan setiap NGO ada kelebihan tersendiri.

"Jadi melalui kerjasama yang dijalankan kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana begitulah sifat berdakwah iaitu saling bekerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Pendakwah Sabah di Kompleks Tabung Haji di sini malam semalam.

Turut hadir, Mufti Sabah, Datuk Ahmad Alawi Adnan dan Pengarah JAKIM Sabah, Aziz Mohamad.

Konvensyen selama tiga hari anjuran JAKIM dan Jabatan Hal Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JAHEINS) itu mengumpulkan 159 pendakwah dari pelbagai NGO di negeri ini.

Antara peserta yang hadir termasuklah daripada JAKIM, JAHEINS, Persatuan Saudara Baru dan 16 Gabungan NGO Islam Sabah.

Menurut Abd. Aziz semua pihak harus menjalinkan kerjasama seterusnya merangka pelbagai aktiviti dakwah di negeri ini secara berterusan.

Malah katanya, konvensyen seperti ini harus dijadikan satu platform bagi meningkatkan lagi kerjasama dan menyusun pendekatan dakwah yang berkesan.

"Kita menganggap konvensyen seperti ini tepat pada masanya kerana kita bakal menempuh tahun 2020 dan tentunya aktiviti yang dijalankan memerlukan perancangan rapi," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi