Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 1 Oktober 2009

Guru Kecilku

DJ Tom dan DJ Nong
antara DJ radio online Sabahan Utara FM

Pasangan bahagia ini dianugerahkan 3 orang cahaya mata yang comel2. DJ Tom seorang guru berasal dari Kota Belud dan kini bermastasutin di Kota Marudu. Dalam diam SMS berguru dengan mereka. Banyak ilmu saya perolehi terutama dari anak-anak mereka. Walaupun mereka ini penganut Kristian tapi hidup mereka seperti Islam malah lebih baik dari seorang Islam dalam mendidik anak-anak.


NONG - Ibu kepada 3 orang anak lelaki ini kelihatan cantik dan anggun memakai tudung pada raya tahun ini 2009. Katanya, dia memakai tudung kerana menghormati ahli keluarganya yang kesemuanya telah menganut Islam. Lebih dari itu, pada bulan puasa tahun ini NONG dan TOM turut serta mengadakan jamuan berbuka puasa untuk rakan-rakan Islam. SMS turut hadir dalam program itu bertempat di rumah cikgu Androd Sadian.


3 budak berbaju Melayu biru , bersongkok dan bersamping adalah anak TOM dan NONG. Mereka turut sama bersembahyang dan bertakbir di Surau Kg. Salimandut pada hari raya baru-baru ini. Tentu para pembaca terkejut dan hairan bukan ? Inilah guru SMS dalam diam. Mereka tidak memberi kuliah dan bersyarah dengan hujah-hujah al-Quran dan hadis tapi bagi SMS mereka mentarbiah jiwa-jiwa dan akal-akal yang hidup dan berfikir. Anak ini bukan Islam. Mereka, ayah dan ibu mereka adalah penganut Kristian. Ibu bapa mereka memberi kebebasan bertuhan kepada mereka. Bukan itu sahaja, ayah mereka turut menghantar anak-anak ini ke kelas mengaji serta bersolat di surau kerana anak-anak ini mahu belajar Islam dan bersolat. Menurut bapa dan ibu mereka, doa harian anak-anak mereka amalkan. Kerana kesungguhan mereka mencari ilmu dan beramal, pada tahun ini ibu dan ayah mereka sibuk menyediakan sahur dan berbuka puasa untuk anak-anak mereka yang berpuasa. Sepanjang kembara dan pengalaman SMS bermusafir mendekati dan menjalani aktiviti bersama para mualaf di Sabah, inilah pengalaman pertama SMS melihat sikap ibu bapa yang begitus terbuka serta memahami kehendak jiwa anak-anak mereka. SMS doakan semoga taufik dan hidayah dilimpahkan kepada mereka dari Maha Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi