Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 23 Oktober 2014

Doni Bin Apau


Doni bin Apau berumur 21 tahun telah bersyahadah pada 3 Ramadhan tahun ini bersama ibu dan 5 adik-beradiknya.  Sejak 3. 9.2014 sehingga kini, dia tinggal dan belajar di RTMS. Ayah kandungnya Apau, telah lama meninggal dunia sementara ayah tirinya pula sedang bekerja di Semenanjung dan masih belum bersyahadah. Doni kelihatan matang daripada usia sebenar kerana persekitaran hidupnya sejak kecil. Siapa sangka di usia 21 tahun, Doni sangat berkemahiran memburu di hutan tebal seperti di tempat asalnya, Nabawan. Justeru belum lancar menulis dan membaca,  Doni agak kekok menjalani pembelajaran yang kita sediakan. Pun, dia punya kesungguhan. Di awal kedatangan Doni ke RTMS, dia bukan saja gugup ketika sesi suaikenal, tetapi nampak pemalu dan kurang berkeyakinan.

Kerana kekurangan yang ada padanya. Ahamdulillah, kini Doni sudah menampakkan sedikit keyakinan diri  selain sudah tahu mengikat kain sarung di pinggang dan berdiri solat dengan sempurna. Doni kini masih dalam proses menghafaz bacaan-bacaan solat serta belajar mengetahui dan memahami beberapa perkara berkaitan Fardu Ain. Kita jangkakan dalam tempoh  2 bulan pertama ini, in syaa Allah, Doni sudah dapat menghafal bacaan solat sepenuhnya. Sama-sama kita doakan Doni supaya menjadi muslim yang baik.


1 ulasan:

  1. http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi