Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )
Pengikut
"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)
Khamis, 5 April 2012
TOLONG JUJUR
Bercakap tentang mualaf dan permasalahannya, kalau di Sabah, SMSlah pendahulunya. Meski yang lain punya pertubuhan dan persatuan atas nama mualaf, namun sehingga hari ini mereka tidakpun mempamerkan suatu wadah sama ada menerusi blog, web dan FB dan sebagainya kepada khalayak untuk tujuan perkongsian, atau barangkali SMS tidak menjumpainya. Suatu ketika, di awal pembongkaran isu mualaf, SMS pernah di’hentam’ kumpulan manusia dan individu yang duduk di tampuk agama. Waktu itu, tiada siapapun di antara penyedar-penyedar isu ini yang berdiri dan bersuara membenarkan isu yang SMS perkatakan ini. Adapun, hanya penyokong yang berdiri di belakang yang hanya meng’iya’ dan mengangguk betul, tanda ‘iya’ atau setuju? Syukurlah sekarang kita sudah ramai dan masing-masing sudah celik tentang hal ini. Apa yang cuba SMS sampaikan, memulai perkara ini bukan semudah yang ‘kau’ sambung sekarang. Tambahan, SMS tidak punya ilmu agama setinggi ‘kau’ dan sampai sekarang SMS masih cuba memperbaiki diri. Barangkali pedas apa yang SMS katakan ini tapi, sama-samalah kita belajar menerima hakikat bahawa dalam perjuangan jangan yang manis-manis saja kita telan, sedang yang pahit-pahit langsung kita buang walhal, yang pahit itulah ubat dan ramuan paling mujarab.
SMS selalu sedar yang SMS ini bukan terbaik dan bukan terhebat dalam medan juang khususnya dalam memperkatakan isu-isu berkaitan mualaf. Anda tidak mustahil mengatakan yang SMS ini hanya tahu bercakap, berbuat bising dan heboh tentang isu-isu mualaf sedang tindakannya ke mana? Tidak mengapa dan kalau ini terjadi, anda tidak salah, sebab tidak kenal SMS. Ekoran rasa sedar inilah menyebabkan SMS tidak pernah memadam, menutup apalagi memblok mana-mana ulasan di dinding FB SMS kerana kesemua ulasan SMS terima sebagai bahan membina untuk SMS. Pun, kalau perlu membela diri, itu hak SMS. Ada juga ulasan yang SMS sengaja tidak membalasnya kerana ia bukan ditujukan khusus kepada tulisan SMS. Pada SMS, kita boleh saja bertukar pandangan, cadangan hatta mengkritik kerana itu sebahagian yang dianjurkan agama. Seperkara yang kurang elok, apabila kita hanya tahu mengulas tetapi tidak mengakhirkan ulasan dengan panduan dan jalan penyelesaian. Jika mengkritik, sebaiknya khususkan nama yang mahu dikritik, bukan kritikan umum yang menjadikan para pemaklumbalas lain terpinga-pinga tidak tahu hujung pangkal bicara. Sikap seperti ini melambatkan proses perkembangan pemikiran di kalangan kita. Selain itu, kesilapan membuat tanggapan juga selalu mengubah kebaikan menjadi buruk .
Barangkali kesemua individu dan persatuan yang berjuang atas nama mualaf sudah perlu mengadakan pertemuan segera. Untuk tujuan ini, Suara Mualaf Sabah ( SMS ) menawarkan diri sebagai pengantara. Justeru terlalu banyak ruang untuk diperkatakan tentang mualaf, maka dalam pertemuan itu cukuplah satu agenda iaitu MUALAF. Kemudian nanti kita lebarkan pembicaraan berdasarkan pengalaman masing-masing.
NOTA;
Kepada mereka yang melalui proses mualaf, sila bagi input
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi