Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 24 April 2011

Takziah Kepada Keluarga Sanguru

Percikan minda Suara Mualaf Sabah.

Sebagai penggiat media eletronik menerusi radio online Cahayafm juga penulis blog yang memberi fokus permasalahan mualaf di Sabah,SMS terkilan dengan sikap beberapa pertubuhan dan jabatan2 agama di Sabah kerana melalui pembacaan SMS  dan info-info yang diterima melalui peti mesej, banyak program melibatkan Islam baik anjuran persatuan atau individu-individu berkaitan, SMS langsung tidak diberi peluang untuk bersama-sama dalam mana-mana program tersebut.

Seingat SMS, sehingga kini baru dua kali SMS dilibatkan oleh pihak JAKIM Sabah. SMS mengucapkan terima kasih kepada mereka. Selebihnya, SMS hanya menjadi pembaca program mereka menerusi akhbar, majalah dan web. Kekecewaan ini SMS suarakan kerana telah berkali-kali SMS suarakan dan nyatakan rayuan agar mana-mana individu yang tidak memenuhi syarat memasuki mana-mana tempat pengajian agama, maka berilah kelonggaran untuk mereka mengikuti program seminar, forum, kursus dan sebagainya.

Andai pihak berkaitan terlalu awal memberi jawaban kerana melihat SMS agak lantang bersuara dalam mana-mana pertemuan atau tulisan, justeru menjadikannya penyebab SMS tidak layak mengikuti program mereka, maka SMS mohon agar pertimbangkan kembali usul-usul dan gagasan pemikiran SMS kerana sememangnya SMS agak lantang dan jelas tanpa bersembunyi sedikitpun selama ini.

Cahayafm, wadah dakwah maya yang SMS perjuangkan sangat-sangat perlukan bantuan  anda dalam pelbagai sudut khususnya ilmu. Jangan nanti SMS dipersalahkan jika tidak memahami beberapa etika dan perundangan justeru melanggarinya kerana tidak diberi ruang mengikuti program-program  yang wajar SMS ikuti.

Akhirnya, takziah kepada keluarga Sanguru@Androd atas pemergian ayahanda pagi semalam.Saya dan keluarga di Ranau mohon maaf kerana tidak sempat berziarah. Kami doakan agar roh allahyarham dirahmati Allah serta mendapat keampunanNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi