Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 22 September 2010

Kami Tanya Anda Jawab

Semua pihak khususnya para pemimpin Islam tidak kira parti, badan2 NGO, orang2 perseorangan dalam semua peringkat jawatan atau di kalangan yang tidak berjawatan wajar memberi jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan. Apa jua jenis jawaban dari anda, bakal kami terima dengan hati terbuka. Namun, sebagai mualaf, selagi persoalan ini tidak dijawab mengikut fakta dan alasan2 yang manasabah, selagi itulah pihak kami tetap dalam keadaan tertanya-tanya dengan pelbagai andaian dan tidak mustahil jika sebilangan besar di kalangan kami terguris hati bilamana ada segelintir umat yang manganggap kami sebagai kelompok yang selalu mendatangkan masalah dalam dunia Islam.


Persoalannya, mengapa permintaan kami terhadap seorang senator tidak penting pada pandangan anda? Bukankah jelas ia kelihatan tidak penting pada umum kerana sejak merdeka hingga kini, belum pernah dalam pengetahuan kami seorang senator khas untuk kelompok mualaf dilantik sebagaimana kelompok OKU, artis, orang asli dan lantikan untuk bahagian2 lain yang secara khusus lantikan2 ini sebagai mewakili sebahagian dari kelompok2 yang berkeperluan walaupun ia juga berkepentingan bagi pihak kerajaan. Jika ini jawabnya, barangkali kelompok kami sememangnya dilupakan walhal kami juga punya potensi lebih besar dan menguntungkan agenda kalian, jika untung yang jadi ukuran mereka yang berkaitan. Namun, kalau melihat secara tulin wajah Islam itu sendiri, amat jelas kewujudan seorang senator di kalangan kami bakal memberi impak dan kekuatan Islam, sebenarnya. Atau mungkin kalian tidak melihat perkara ini ? Jika demikian, apa kata kalau kami dipanggil duduk dalam meja bulat kalian dan biar kami bentangkan keuntungan2nya. 

Rasanya, cukup dahulu persoalan pertama ini kami ajukan. Kepada anda yang sedang membaca tulisan ini, sila berikan respon mengikut perhitungan anda dengan jujur dan ikhlas beserta fakta dan alasan yang membolehkan pertanyaan kami ini terjawab sama ada tidak layak bersenator atau sebagainya. Namun, jika di sudut hati anda menyatakan permintaan ini ada kebenaran dan kelayakannya, maka, tinggalkanlah komen tanda setuju, atau seumpamanya. Selain itu, kami juga sangat2 mengharapkan agar tulisan bisu ini anda salin, war2kan, simpan dalam blog anda atau kongsikan di facebook anda agar seganap lapisan masyakaat Islam dapat mengambil bahagian untuk memikirkannya. Terima kasih.
Suara Mualaf Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi