Perkara paling jelas setelah sekian waktu berada di antara SAM dan UTARA fm adalah pertambahan ilmu dan sahabat. Maka, saya katakan pada sahabat-sahabat UTARA bahawa, kita di UTARA bakal membentuk satu keluarga yang sifatnya makin membiak dan akan terus membiak sehingga membentuk satu keluarga besar. Lalu, jangan kita lupa asal usul kita. Ingat bahawa, UTARA dilahirkan oleh ibu dan bapa UTARA yang bermohorkan kemiskinan. Semua kita tahu tentang ini. Kekayaan UTARA hanyalah komitmen dan setiakawan setiap nafas dan nadi yang berdenyut di dalamnya.
Pengalaman dan jerih payah yang pernah dilalui individu-individu yang memulai, menengahi dan melonjaki UTARA seperti adanya kini, wajar dilihat sebagai suatu hadiah dan dijadikan sebagai batu asas. Kerana itu adalah antara pengalaman yang menjadikan UTARA matang saban hari.
Sesekali marilah kita lihat ke belakang, bukan untuk berundur, tapi untuk kita ukur nikmat yang tidak pernah putus Dia berikan kepada kita. Rasakah kita, sedarkah kita, dan bersyukurkah kita, akan nikmat yang diberikan olehNYa?
Kemudian, datang pujian dan penghargaan... Ingat, setiap kita wajar menerima pujian dan penghargaan mengikut kedudukan, hatta mereka yang berada di luar sana. Sekalipun mereka tidak pernah muncul dan tidak pernah kita kenal raut wajahnya, namun mereka ada hak menerima penghargaan dan pujian.
Justeru, saya ingatkan diri saya dan sesiapa yang pelupa dan selalu lupa agar, bahagi-bahagilah, kongsi-kongsilah pujian dan penghargaan itu kepada semua agar setiap kita di UTARA berasa dihargai dan disayangi. Ingatlah juga yang kasih sayang itu kunci persaudaraan.
Ingatan tulus dari seorang yang disaluti sejarah kemiskinan,
Aldusuni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi