Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 8 Julai 2009

Mereka Terima Aqidah Islam



Suara Mualaf Sabah - Kebijaksanaan para pendakwah menyampaikan Islam di kalangan masyarakat bukan Islam antara faktor utama Islam diterima di kalangan mereka. Kekurangan ilmu dan pengalaman di kalangan sesetengah pendakwah menjadikan Islam dilihat masyarakat bukan Islam sebagai agama yang mengongkong kehendak mereka misalnya dalam soal makanan. Akhirnya, mereka tolak Islam hanya disebabkan isu makan sedangkan akidah Islam mereka boleh terima ( mereka percaya adanya ALLAH dan Allah itu maha Esa )


Teliti semula program dakwah

KOTA KINABALU 7 Julai - Jabatan dan agensi agama Islam harus mengkaji semula kesesuaian program dakwah dan kegiatan yang dijalankan supaya ia menepati perkembangan semasa dan mudah diterima kumpulan sasar.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah berkata, kajian semula itu penting bagi mengukuhkan kefahaman agama kepada semua anggota masyarakat meliputi pengikut asal Islam serta saudara baru.

Katanya, sebarang perubahan juga perlu menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Bagaimanapun, saya harap KPI tidak mewujudkan persaingan kurang sihat sesama pegawai agama sehingga menimbulkan kesan negatif kepada perkembangan Islam dan dakwah Islamiah," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia di sini malam tadi.

Kira-kira 500 ketua jabatan, pegawai agama dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam menghadiri persidangan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), selama tiga hari yang berakhir semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.

Sementara itu, Nasir berkata, beberapa prasarana dakwah dan tarbiah sudah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Katanya, ia termasuk membina sekolah agama baru, selain membaik pulih dan menyelenggara sekolah sedia ada merangkumi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

"Pada masa sama, JHEAINS akan berusaha menambah bilangan tenaga pendakwah dan pendidik ke arah memastikan syariat dan syiar Islam di Sabah dapat ditingkatkan sejajar misi kerajaan mengangkat martabat ummah.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan NGO berkaitan Islam seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk melahirkan umat yang berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh," katanya.

Mengenai program pengembangan Islam di Sabah, Wan Mohamad berkata, Sabah menerima peruntukan besar daripada RM2 juta yang diumumkan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan 2009.

"Seramai 383 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) menerima pelantikan di seluruh negara sepanjang tahun ini dan ramai yang akan ditempatkan di Sabah dengan mereka adalah anak tempatan di kawasan penempatan masing-masing," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi