Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Isnin, 8 Ogos 2016

PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR RTMS




Alhamdulillah. Pertambahan pelajar RTMS kepada 45 orang kini, menyaksikan kesemua bangunan sedia ada RTMS dihuni sepenuhnya oleh para pelajar. Begitu, kita amat bersyukur kerana ruang dan bangunan yang ada, benar-benar dimanfaatkan, dan, inilah saham-saham akhirat kita semua.
Pun, dalam waktu sama, ada puluhan lagi di luar sana yang sedang menanti justeru ingin memasuki RTMS. Kita terpaksa menunda kemasukan mereka berikutan ketiadaan bangunan asrama khas sebagaimana kita rancang.

Sementara itu, rumah guru dan rumah tamu yang ada, kita jadikan asrama sementara.
Atas kepentingan pendidikan dalam kalangan saudara baru dan umat Islam yang kita perjuangkan, maka bermula Ogos 2016 kita sasarkan untuk memulakan pembinaan asrama RTMS. Niat ini kita mulai dengan mendirikan tiang utama dan memasang atap. Inilah tanda komitmen kita mahu melihat asrama lelaki dan perempuan terbangun di RTMS.

Kerja-kerja penyiapan asrama ini kita sasarkan pada tahun 2017. Dengan bermula pos ini, kita secara rasmi melancarkan tabung pengumpulan dana pembangunan RTMS Fasa II.

Target masa pengumpulan dana bagi fasa II ini adalah tiga bulan. Daripada jumlah terkumpul itu nanti, kita akan mulakan pembinaan dan begitulah seterusnya tanpa menyasarkan jumlah infakan setiap pelabur saham akhirat. Bahkan sen sekalipun kita terima. Salurkan ke mana-mana, tiga buah akaun yang kami sertakan ini
Akhir sekali, sebarang pertanyaan pembangunan yang kita lancarkan ini, teruslah berhubung ke nombor telefon yang kami sertakan. Sebagai makluman, pihak kami tidak melantik wakil informa, pengutip dana dan seumpamanya.

Muslimin dan muslimat dialu-alukan mengongsi gambar-gambar projek pembangunan asrama ini. Bagaimanapun, sebarang pengubahsuaian seperti penambahan atau pengurangan gambar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

l RTMS; 088 - 875431/012-8238229
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 Bank Islam -
1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438

Khamis, 2 Jun 2016

Rumah Transit Mualaf Sabah


Ramadhan kian mendekat. Begitu, kami di RTMS memerlukan sokongan dan usahasama membantu para pelajar yang sedang mengikuti kelas Hafazan dan kelas Umumi di RTMS.

Sempena Ramadhan, kita mempelawa dan mengalu-alukan muslimin dan muslimat berbuka puasa dan bersahur dengan para pelajar kita. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada program ini. In syaa Allah, ganjaran amalan dilipatganda oleh Allah.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 Bank Islam -
1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 10280000557931

Selasa, 19 April 2016

Rumah Transit Mualaf Sabah



Alhamdulillah. Dengan jumlah 34 orang pelajar, 8 orang dari mereka sedang mengikuti pembelajaran di Madrasah Nurul Ihsan, Kedah. Selebihnya, masih mengikuti pembelajaran di RTMS termasuklah 10 orang pelajar yang sedang mengikuti kelas tahfiz yang kita mulakan sesi pelaksanaannya pada awal pertengahan Januari 2016. 
Kesemua mereka ini dalam pembiayaan kita setiap bulan, hasil tajaan yang kita perolehi. 8 orang pelajar Nurul Ihsan telahpun mendapat penaja bulanan. Sementara, di RTMS setakat ini sudah 6 orang yang mendapat penaja, selebihnya belum. Muslimin dan muslimat dialu-alukan menaja para pelajar kita . Begitu, boleh juga menginfakkan terus makan minum mereka ke RTMS.
Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Khamis, 27 Ogos 2015

Pelaburan Dunia Akhirat



Assalamualaikum warahmatulloohi wabarokaatuh.

Kami di PPIS, selain menjalankan aktiviti kecil dakwah seperti yang kami paparkan, fokus utama kita kini adalah pendidikan, kerana dengan pendidikan sajalah kita boleh membantu dan mengubah persepsi kefahaman umum terhadap Islam. Justeru itu, kita cuba menghantar pelajar sebanyak mungkin ke pondok-pondok di Semenanjung dan kita sudah mula berbuat ke arah itu.
Begitu, mencapai matlamat tindakan-tindakan ini bukan semudah berangan-angan. Ia perlukan sokongan dan bantuan semua lapisan masyarakat Islam. Oleh itu, kami rayu sokongan dan bantuan agar program pendidikan yang kita sedang laksanakan bagi melahirkan pendakwah yang nanti boleh kita tempatkan di segenap pelusuk desa dan kampung-kampung di hutan belantara pedalaman Sabah, berjalan lancar sekali gus mencapai matlamat.

Ayuh kita tambah pelaburan akhirat kita kerana saham ini nilainya tidak akan pernah merudum sekalipun ringgit kita terus merudum.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Isnin, 1 Jun 2015

Program Pelajar RTMS Bulan Ramadhan 2015




Alhamdulillah.  Setelah hampir 9 bulan kelas pembelajaran dilaksanakan di RTMS dengan sistem transit, kini para pelajar rintis yang in syaa Allah akan menyambung pengajian mereka ke semenanjung akan masuk fasa ujian praktikal di beberapa kampung pedalaman sekitar daerah Ranau bermula 1 Ramadhan sebagai imam dan bilal solat Tarawih. Inilah antara program kita pada Ramadhan tahun ini. Begitu, ia julung kali dibuat.

Para pelajar terpilih ini telah kita siapkan sejak sebulan lalu. Mereka yang akan kita tempatkan di kampung-kampung yang telah kita bantu dirikan surau sebelum ini. Selain  menjadi imam solat Tarawih, mereka juga akan mengimamkan solat 5 waktu sepanjang bulan Ramadhan.

Walaupun masih banyak kekurangan dan kelemahan, sekurang-kurangnya program ini bakal memberi mereka pengalaman dan kesedaran betapa ilmu itu sangat penting dalam kehidupan. Harapan kita agar selepas ini akan tumbuh rasa kesedaran dalam jiwa mereka untuk mendalami lebih banyak ilmu lagi. Inilah antara matlamat utama kita menghantar mereka ke kampung-kampung terbabit. Lagi, di kampung terlibat ini, masyarakat Islamnya akan mengerjakan solat Tarawih pertama di  surau yang kita selenggarakan pembinaannya hasil sumbangan para dermawan yang tidak jemu-jemu membantu dan menyokong program dakwah yang kita laksanakan selama ini.

Kita berharap agar dalam program ini, muslimin dan muslimat dapat sama-sama menyokong dan membantu menjayakannya mengikut kapasiti masing-masing. Begitu, kami sangat memerlukan kebersamaan kalian untuk mengambil ruang dan peluang sebagai penaja makan dan minum ( sahur dan sungkai ) mereka termasuk pembelian alatan dapur seperti pinggan, mangkuk, gelas dan seumpamanya. 

Akhir sekali,  sila rujuk gambar di atas dan itulah pelajar-pelajar RTMS, bakal perintis program Ramadhan yang kami maksudkan. In syaa Allah, kami akan perkenalkan pula pasangan imam dan bilal beserta kampung tempat mereka ditugaskan sepanjang Ramadhan 2015 ini.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818

Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Isnin, 18 Mei 2015

Rumah Transit Mualaf Sabah

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Alhamdulillah. Semalam seorang lagi pelajar RTMS telah sampai dan mengikuti pembelajaran yang kita sediakan. Kos makan minum termasuk sabun cuci dan mandi serta keperluan pelbagai bagi setiap pelajar ialah RM150 sebulan. Kita mengalu-alukan penajaan setiap mereka dan sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan terus ke akaun PPIS. Sejurus berbuat, sila hubungi kami.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Rabu, 21 Januari 2015

Ahad, 4 Januari 2015

Saham Akhirat





Alhamdulillah, bangunan yang bersambung dengan surau kini dalam proses pemasangan atap. Kelewatan pemasangan disebabkan kita masih dalam proses pengumpulan dana yang disumbangkan para dermawan menerusi akaun PPIS, sepertimana yang selalu dikongsikan. Penambahan bangunan di bahagian atas akan menempatkan 3 ruang bilik iaitu ruang mini perpustakaan dan 2 buah bilik tamu lelaki. Sementara di bahagian bawah kita jadikan penempatan pelajar sedia ada yang kini tinggal di surau. Kita masih memerlukan sejumlah dana untuk siapkan bangunan ini. Mohon kepada semua agar info ini dikongsikan di dinding FB masing-masing. Atas perhatian dan bantuan semua, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang dapat nembalas kebaikan saudara-saudara sekalian.


Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Isnin, 29 Disember 2014