Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 23 November 2010

Mana papan tanda kita?

Mencontohi sesuatu yang baik meski datang dari umat  bukan Islam amatlah digalakkan dalam ajaran Islam. Namun, sejauh mana mesej ini dapat diterjemahkan dalam bentuk sikap, perbuatan atau amalan masyarakat Islam itu sendiri? Seperkara yang boleh kita contohi adalah hebahan aktiviti keagamaan melalui papan tanda. Pelancong atau pengunjung muslim di satu2 tempat sudah pasti memerlukan info2 berkaitan tempat ibadah. Contohnya , di persimpangan yang dikenalpasti ada surau, diletakkan ; “ Masjid@surau..... kilometer dari simpang” atau seumpamanya. Lihatlah di sudut2 persimpangan, di tepi2 jalan atau mana2 tempat strategik sejauh permusafiran kita. Berapa kerat papan tanda berbentuk informasi letak surau/ masjid, kata-kata hikmah, ingatan2 atau petikan2 maksud al-Quran dan hadis atau yang seumpamanya dapat kita lihat dan baca? Mungkin ada baiknya jika perkara ini diambil perhatian oleh pihak2 berkaitan. Alasan tidak ada peruntukan mungkin tidak timbul jika melihat maslahah pewujudan  papan2 tanda seperti ini .






 Gambar: Setahu saya, papan tanda besar ini sudah 2 kali bertukarganti.  Mana papan tanda kita?

Rabu, 17 November 2010

Isnin, 8 November 2010

Awan Membentuk Kalimah Allah.


Kejadian luar biasa berlaku di Pekan Kudat Sabah kira2 jam 7. 30 pagi. Awan membentuk kalimah Allah cukup jelas disaksikan oleh Rumputt dan isterinya pada hari Jumaat. Menurut Rumputt objek tersebut cukup jelas namun tidak sempat drakamkan gambar tersebut kerana kamera tidak dibawa . Petanda demi petanda Allah perlihatkan pada hamba-hambaNya. Subhanallah!Kudat mempunyai beberapa sejarah ganjil. Antaranya timbul Pulau Terumbu Karang di sekitar Kudat. Begitu juga gerhana matahari yang paling lama berlaku di Kudat. Kudat terletak di sebelah utara Sabah.

Khamis, 4 November 2010

Online


Kepada kumpulan-kumpulan nasyid tanahair dan negara2 jiran seperti Singapura,Brunai dan Indonesia yang mahu mempromosikan album dan program2 setempat, anda dialu-alukan untuk meng'add' skype 'aldusuni1' untuk ke udara langsung bersama penyampai Cahayafm. Badan2 NGO serta AJK2 masjid dan surau juga turut dialu-alukan berbuat demikian.

Isnin, 11 Oktober 2010

Contoh



Tuan Hj Saprin Karim, aktivis masyarakat serta koperat muslim Dusun di Ranau yang prihatin terhadap kepentingan pendidikan rohani telah membiayai 40 orang muslimin menunaikan umrah baru2 ini di samping menaja pelancaran Cahayafm. Sikap seperti ini wajar dicontohi.

Ahad, 10 Oktober 2010

Majlis perjumpaan dan rama mesra bersama saudara baru










Datuk Nasir bin Tun Hj Sakaran
Menteri di Jabatan Ketua Menter



Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir bin Tun Hj Sakaran menyatakan sokongan beliau terhadap kewujudan Cahayafm. Sokongan dinyatakan dalam pertemuan ringkas saudara Nazri, pengasas Cahayafm yang juga blogger Suara Mualaf Sabah dengan beliau sempena Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra bersama Saudara Baru di 1Borneo Grand Ballroom, Kota kinabalu petang semalam. Dalam majlis yang berlangsung meriah itu, pihak JAKIM dan YADIM juga turut menyatakan rasa bangga mereka terhadap usaha-usaha yang telah ditunjukkan Cahayafm dalam membantu usaha penyebaran dakwah melalui siaran online khususnya di negeri Sabah . Bercakap kepada wartawan kami, saudara Nazri bagi pihak Cahayafm melahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Nasir Tun Hj Sakaran, pihak JAKIM dan YADIM atas keprihatinan dan sokongan mereka terhadap Cahayafm.

Ahad, 26 September 2010

Terima Kasih



Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang datang bersama-sama memeriahkan rumah terbuka dan pelancaran Cahayafm tajaan Tuan Haji Saprin bin Karim dan keluarga. Dalam kesibukan mengurus persiapan sejak awal hingga akhir sudah pasti terdapat kekurangan dalam pelbagai hal terutama tidak dapat melayan sepenuhnya tetamu2  yang hadir , apa lagi beramah mesra, bertanya khabar dan sebagainya. Oleh itu, saya mewakili warga Cahayafm dan keluarga Tuan Haji Saprin bin Karim memohon berbanyak-banyak kemaafan  kepada semua  tetamu yang datang. Kepada rakan2 penyampai yang turut hadir, pihak media  massa dan jurufoto2 yang turut sama dalam program ini ucapan terima kasih yang tak terhingga saya tujukan  khusus untuk anda semua. Semoga anda diberikan balasan setimpal dari Allah SWT atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang kalian hulurkan.


Rabu, 22 September 2010

Kami Tanya Anda Jawab

Semua pihak khususnya para pemimpin Islam tidak kira parti, badan2 NGO, orang2 perseorangan dalam semua peringkat jawatan atau di kalangan yang tidak berjawatan wajar memberi jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan. Apa jua jenis jawaban dari anda, bakal kami terima dengan hati terbuka. Namun, sebagai mualaf, selagi persoalan ini tidak dijawab mengikut fakta dan alasan2 yang manasabah, selagi itulah pihak kami tetap dalam keadaan tertanya-tanya dengan pelbagai andaian dan tidak mustahil jika sebilangan besar di kalangan kami terguris hati bilamana ada segelintir umat yang manganggap kami sebagai kelompok yang selalu mendatangkan masalah dalam dunia Islam.


Persoalannya, mengapa permintaan kami terhadap seorang senator tidak penting pada pandangan anda? Bukankah jelas ia kelihatan tidak penting pada umum kerana sejak merdeka hingga kini, belum pernah dalam pengetahuan kami seorang senator khas untuk kelompok mualaf dilantik sebagaimana kelompok OKU, artis, orang asli dan lantikan untuk bahagian2 lain yang secara khusus lantikan2 ini sebagai mewakili sebahagian dari kelompok2 yang berkeperluan walaupun ia juga berkepentingan bagi pihak kerajaan. Jika ini jawabnya, barangkali kelompok kami sememangnya dilupakan walhal kami juga punya potensi lebih besar dan menguntungkan agenda kalian, jika untung yang jadi ukuran mereka yang berkaitan. Namun, kalau melihat secara tulin wajah Islam itu sendiri, amat jelas kewujudan seorang senator di kalangan kami bakal memberi impak dan kekuatan Islam, sebenarnya. Atau mungkin kalian tidak melihat perkara ini ? Jika demikian, apa kata kalau kami dipanggil duduk dalam meja bulat kalian dan biar kami bentangkan keuntungan2nya. 

Rasanya, cukup dahulu persoalan pertama ini kami ajukan. Kepada anda yang sedang membaca tulisan ini, sila berikan respon mengikut perhitungan anda dengan jujur dan ikhlas beserta fakta dan alasan yang membolehkan pertanyaan kami ini terjawab sama ada tidak layak bersenator atau sebagainya. Namun, jika di sudut hati anda menyatakan permintaan ini ada kebenaran dan kelayakannya, maka, tinggalkanlah komen tanda setuju, atau seumpamanya. Selain itu, kami juga sangat2 mengharapkan agar tulisan bisu ini anda salin, war2kan, simpan dalam blog anda atau kongsikan di facebook anda agar seganap lapisan masyakaat Islam dapat mengambil bahagian untuk memikirkannya. Terima kasih.
Suara Mualaf Sabah.

Selasa, 21 September 2010

Terima Kasih


Alhamdulillah. Saya panjatkan segala pujian dan syukur kepada Allah kerana dengan izin dan kebesaran nikmatNya , insya Allah, Majlis Pelancaran Cahayafm akan dilangsungkan pada 25hb September 2010 bersamaan hari Sabtu bermula pagi hingga malam, manakala tentatif rasminya bermula jam 1.00 petang hingga jam 5.00 petang. Kepada Tuan Haji Safrin bin Karim & seisi keluarga , saya secara peribadi menzahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana kesudian menaja langsung pelancaran Cahayafm ( makan/minum dan sebagainya ). Hanya Allah yang mampu membalas kebajikan yang Tuan Haji lakukan ini. Kepada sahabat2 penyampai Cahayafm dan pendengar, rakan2 Deejay radio2 online yang lain khasnya Utarafm, rakan2 FB, para pembaca blog dan semua rakan, saya berharap sangat2 agar dapat bersama2 kalian di hari raya serentak majlis pelancaran Cahayafm nanti. Saya mohon maaf kiranya selama ini saya berbuat kesilapan pada kalian semua. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.