Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 26 September 2010

Terima Kasih



Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang datang bersama-sama memeriahkan rumah terbuka dan pelancaran Cahayafm tajaan Tuan Haji Saprin bin Karim dan keluarga. Dalam kesibukan mengurus persiapan sejak awal hingga akhir sudah pasti terdapat kekurangan dalam pelbagai hal terutama tidak dapat melayan sepenuhnya tetamu2  yang hadir , apa lagi beramah mesra, bertanya khabar dan sebagainya. Oleh itu, saya mewakili warga Cahayafm dan keluarga Tuan Haji Saprin bin Karim memohon berbanyak-banyak kemaafan  kepada semua  tetamu yang datang. Kepada rakan2 penyampai yang turut hadir, pihak media  massa dan jurufoto2 yang turut sama dalam program ini ucapan terima kasih yang tak terhingga saya tujukan  khusus untuk anda semua. Semoga anda diberikan balasan setimpal dari Allah SWT atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang kalian hulurkan.


Rabu, 22 September 2010

Kami Tanya Anda Jawab

Semua pihak khususnya para pemimpin Islam tidak kira parti, badan2 NGO, orang2 perseorangan dalam semua peringkat jawatan atau di kalangan yang tidak berjawatan wajar memberi jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan. Apa jua jenis jawaban dari anda, bakal kami terima dengan hati terbuka. Namun, sebagai mualaf, selagi persoalan ini tidak dijawab mengikut fakta dan alasan2 yang manasabah, selagi itulah pihak kami tetap dalam keadaan tertanya-tanya dengan pelbagai andaian dan tidak mustahil jika sebilangan besar di kalangan kami terguris hati bilamana ada segelintir umat yang manganggap kami sebagai kelompok yang selalu mendatangkan masalah dalam dunia Islam.


Persoalannya, mengapa permintaan kami terhadap seorang senator tidak penting pada pandangan anda? Bukankah jelas ia kelihatan tidak penting pada umum kerana sejak merdeka hingga kini, belum pernah dalam pengetahuan kami seorang senator khas untuk kelompok mualaf dilantik sebagaimana kelompok OKU, artis, orang asli dan lantikan untuk bahagian2 lain yang secara khusus lantikan2 ini sebagai mewakili sebahagian dari kelompok2 yang berkeperluan walaupun ia juga berkepentingan bagi pihak kerajaan. Jika ini jawabnya, barangkali kelompok kami sememangnya dilupakan walhal kami juga punya potensi lebih besar dan menguntungkan agenda kalian, jika untung yang jadi ukuran mereka yang berkaitan. Namun, kalau melihat secara tulin wajah Islam itu sendiri, amat jelas kewujudan seorang senator di kalangan kami bakal memberi impak dan kekuatan Islam, sebenarnya. Atau mungkin kalian tidak melihat perkara ini ? Jika demikian, apa kata kalau kami dipanggil duduk dalam meja bulat kalian dan biar kami bentangkan keuntungan2nya. 

Rasanya, cukup dahulu persoalan pertama ini kami ajukan. Kepada anda yang sedang membaca tulisan ini, sila berikan respon mengikut perhitungan anda dengan jujur dan ikhlas beserta fakta dan alasan yang membolehkan pertanyaan kami ini terjawab sama ada tidak layak bersenator atau sebagainya. Namun, jika di sudut hati anda menyatakan permintaan ini ada kebenaran dan kelayakannya, maka, tinggalkanlah komen tanda setuju, atau seumpamanya. Selain itu, kami juga sangat2 mengharapkan agar tulisan bisu ini anda salin, war2kan, simpan dalam blog anda atau kongsikan di facebook anda agar seganap lapisan masyakaat Islam dapat mengambil bahagian untuk memikirkannya. Terima kasih.
Suara Mualaf Sabah.

Selasa, 21 September 2010

Terima Kasih


Alhamdulillah. Saya panjatkan segala pujian dan syukur kepada Allah kerana dengan izin dan kebesaran nikmatNya , insya Allah, Majlis Pelancaran Cahayafm akan dilangsungkan pada 25hb September 2010 bersamaan hari Sabtu bermula pagi hingga malam, manakala tentatif rasminya bermula jam 1.00 petang hingga jam 5.00 petang. Kepada Tuan Haji Safrin bin Karim & seisi keluarga , saya secara peribadi menzahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana kesudian menaja langsung pelancaran Cahayafm ( makan/minum dan sebagainya ). Hanya Allah yang mampu membalas kebajikan yang Tuan Haji lakukan ini. Kepada sahabat2 penyampai Cahayafm dan pendengar, rakan2 Deejay radio2 online yang lain khasnya Utarafm, rakan2 FB, para pembaca blog dan semua rakan, saya berharap sangat2 agar dapat bersama2 kalian di hari raya serentak majlis pelancaran Cahayafm nanti. Saya mohon maaf kiranya selama ini saya berbuat kesilapan pada kalian semua. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Selasa, 7 September 2010

Mualaf Di Perniagakan


Surau Kg. Pamansukan ( Baru ) ketika SMS sampai ada 6 atau 7 orang budak bertungkus lumus membersihkan lantai surau ini. SMS bertanyakan kenapa kamu siram air ? mereka menjawab kami kasi lari tahi ayam.Benar, apa mereka lihat . Ketika SMS menghampiri bangunan ini, pintu pagar depan dan belakang surau tidak dibuat oleh pemaju.

Inikah bentuk dan nilai ( RM 180.000.00 ) yang PAK LAH amanahkan pada SMS untuk dimajukan kepada pemaju yang bertanggungjawab? Pihak berkaitan wajar menilai semula bangunan ini agar tidak berlaku kebocoran.





Gambar sisi kiri; Inilah rupa naiktarafnya. Bangunan asal yang hanya ditampal dengan cat baru dan ditambah berandanya dengan keluasan tidak sampai dua meter dari dinding.Nilai peruntukan naiktaraf sebanyak RM 200,000.00


Hujung Ramadhan ini, pasti ramai antara kita tersenyum kerana berasa puas atas pencapaian amal ibadah yang kian hari kian menampakkan peningkatan. Alhamdulillah, saat ini kita berada di hujung2 Ramadhan dan insyaAllah esok pihak berkaitan akan melihat anak bulan Syawal. Selepas pengumuman, pasti sana sini akan bergema dan berkumandang takbir tanda kemenangan mereka yang berjaya menempuh ujian Ramadhan. Namun, tidak kurang juga tangisan pelbagai pengertian di pagi Syawal. Semuanya bakal kita lihat pelbagai genangan air di mata dan alirannya di pipi-pipi manusia. Tafsirannya, hanya yang merasa dan Allah yang tahu.

Masjid dan surau di pagi Syawal pasti akan meriah dengan kedatangan para jemaah dari pelbagai lapisan masyarakat. Suasana ini akan kelihatan di mana-mana tempat tidak kira di bandar atau di kota besar hatta di desa dan kampung-kampung kecil. Semuanya itu memperlihatkan suasana sambutan Aidilfitri. 

Meskipun begitu, SMS tidak dapat menahan kesedihan melihat perkara2 yang SMS perjuangkan tidak berpenghujung baik seperti yang diharapkan. Harapan SMS untuk melihat kawasan2 berkaitan mendapat pembelaan pihak kerajaan dan jabatan2 agama, akhirnya dijadikan kesempatan oleh pihak2 berkaitan mengaut untung semata-mata tanpa melihat perkara2 yang wajar diambilkira sekali gus memecah amanah dari Allah.


Lihatlah, dua buah kampung yang masing2 mendapat peruntukan kerajaan melalui PAK LAH dijambatani SMS dijadikan mereka (pemaju) sekadar melepas batuk di tangga semata-mata mengaut keuntungan puluhan malah mungkin ratusan ribu. Butiran lanjut, lihat gambar dan penjelasan yang telah SMS buat 

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK GAMBAR 

Rabu, 1 September 2010

Jumaat, 20 Ogos 2010

ADA APA DI BAZAAR RAMADHAN ?



Kerana datangnya setahun sekali, bazaar Ramadhan menjadi tumpuan umum lapisan masyarakat, tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Kedatangan  mereka sekadar mendapatkan makanan yang beraneka jenis yang sebahagian darinya hanya dijual pada bulan Ramadhan saja. Orang2 Islam yang berpuasa datang ke bazaar kerana mahu mendapatkan makanan berbuka puasa. Peniaga2 pula sudah tentu melihat inilah masanya mereka mendapat keuntungan bermusim sepanjang bulan Ramadhan.

Jika mahu melihat gelagat sikap, memek muka, senyuman bibir, cara berjalan, cara berpakaian dan cara memilih makanan, cari dan lihatlah di bazaar Ramadhan. Adunan2 suasana yang berlaku di bazaar Ramadhan Jarang dikupas mengikut pandangan Islam. Lalu, jadilah bazaar Ramadhan sekadar pesta makanan dan niaga. Sedikitpun ia tidak menampakkan kecantikan Islam pada mata luar atau mereka yang  bukan Islam. Apa tidaknya? Setiap Ramadhan tiada perubahan yang dilihat oleh mereka . Malah kebanyakan mereka menyinonimkan Ramadhan dengan bazaar, sehingga mereka menunggu Ramadhan setiap tahun hanya kerana bazaarnya. Kenapa begini? Salah satunya kerana mereka kurang maklumat tentang Ramadhan. Bulan yang penuh barakah  dan penuh ganjaran2 serta tawaran2 dari yang Maha Pencipta untuk manusia yang beribadah di bulan ini sepatutnya disebarluaskan infonya agar diketahui umum.  Seperti ekspo2 perniagaan dan sebagainya yang penuh info sehingga menampakkan wajah sebenar ekspo itu, kenapa tidak ia dilakukan pada bazaar Ramadhan?

Barangkali, pihak Jabatan Agama di Malaysia wajar memikirkan perkara ini di masa2 akan datang. Kerja2 mengalihkan corak, garis panduan dan petunjuk agar bazaar Ramadhan hidup dengan syiar, info dan ilmu serta dapat dihayati sepenuhnya mesti dibuat. Kalau peniaga2 diberi tempat oleh pihak penguasa tempatan untuk berniaga, kenapa pihak jabatan agama tidak mengambil tempat dan ruang untuk mempamerkan pelbagai info dunia Islam? Mungkin suara2 sumbang akan berkata “leceh,  kita buat saja di hotel2 bertaraf antarabangsa, barulah Islam dilihat perkasa, barulah dikatakan mengangkasakan, global, setakat di bazaar untuk apa ..?” Kalau ini ditanya, SMS akan jawab; “ Ya benar apa kalian cakap. Tapi ingat, bukan semua orang Islam itu mampu datang ke tempat2 yang kalian pilih terutama sekali orang2 kampung”.  Jika begini sifat dan sikap yang diambil, maka jelaslah Islam yang terhasil bertompok2 jadinya. Sebahagian Islam terus-terusan jahil dan sebahagiannya pula berilmu. Ini jelas berlaku.

Setakat ini, di mana2 bazar Ramadhan, SMS belum lihat ada ruang solat disediakan pihak2 berwajib. Juga, belum ada jabatan2 agama dan badan2 dakwah duduk di bazaar Ramadhan untuk mengambil ruang dakwah sebagaimana tukang jual ubat berteriak dengan pembesar suara menyatakan “Ini ubat mujarab, kalau tuan2 pakai,  garenti sakit tuan2 hilang”. Demikian juga halnya dengan ‘kumpulan2 penggoda2’ pelbagai syarikat jualan langsung yang sanggup ke hulu ke hilir ‘menggoda’ pelanggan supaya membeli produk mereka. Sebagaimana syarikat2 jualan langsung mewujudkan team ‘penggoda pelanggan’ mereka, kenapa tidak diwujudkan team ‘penggoda’ ini di mana2 ruang terbuka yang menjadi tumpuan manusia berurusan?  Pewujudan team ‘penggoda’ ini wajar dilihat positif oleh jabatan agama agar Islam sampai ke pengetahuan mereka yang sentiasa mencari info.

Contoh terdekat yang SMS lihat adalah penempatan amil2 pemungut zakat fitrah di pusat2 membeli belah dan tempat2 awam. Hasilnya, mereka yang  tidak berkesempatan dan sibuk dengan tugasan kerja dapat melunaskan kewajiban mereka. Namun, suasana tempat para amil masih boleh diperbaiki lagi. Tidak cukup hanya menempatkan mereka di pintu2 utama pusat membeli belah dengan meja kosong di samping kad kuasa tapi sudah sampai masanya mereka dibekalkan dengan baju seragam dengan logo Pusat Zakat atau seumpamanya beserta banting di samping membekalkan para amil dengan risalah2 yang mengandungi info2 berkaitan zakat agar umum lebih yakin serta mendapat pertambahan ilmu berkaitan zakat.  Demikian, badan2 NGO juga harus berfikir menggunapakai peluang ini.  Kalau sukar menghimpunkan masyarakat Islam dalam satu2 program dakwah, maka di bazaar inilah tempat dan waktunya.

Cahayafm menawarkan kerjasama kepada mana2 badan NGO dan jabatan2 agama untuk  sama2 menggunakan Radio Online Cahayafm ke jalan dakwah. Anjakan ini juga harus diberi perhatianl agar skop dakwah lebih luas sekali gus mengurangkan tompokan-tompokan yang terhasil sebelumnya.

Rabu, 18 Ogos 2010

Percikan Minda 4




Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini dapat kita tunaikan bersama meskipun menempuh pelbagai ujian . Pun, kita dikejutkan dengan pendedahan berita bahawa segelintir umat Islam langsung tidak menghormati bulan yang penuh barakah ini. Tidak apa kalau bukan di kalangan orang Islam kerana kita tahu mereka bukannya diwajibkan berpuasa sebagaimana orang Islam. Apa yang kita tonton dalam berita TV3 semalam, individu Islam bukan sahaja tidak menghormati bulan Ramadhan tapi mereka dengan berani melakukan perbuatan HARAM ( minum arak bersama pasangan mereka ). Sungguh memalukan. Namun, inilah hakikat yang harus kita terima dengan hati yang terbuka betapa iman ini tidak dapat diwarisi dari seorang ayah atau ibu yang soleh dan soleha.


Sedar atau tidak juga, di kalangan umat Islam yang secara tahu atau tidak semakin berani melontarkan bahasa mereka dalam tulisan dengan nada sumbang, seolah-olah menafikan keindahan Islam. Kalau tidak tahu apalah salahnya bertanya atau merujuk kepada yang tahu perkara yang samar2 dalam pengetahuan kita. Contohnya, dalam memperkatakan pakaian Islam. Kita perlu bersikap tegas dan berkata benar menyatakan serban, jubah dan purdah itu cara berpakaian Islam, meskipun kita tidak berbuat atau memakainya. Bukankah Islam itu syumul bermula urusan hidup sampai kepada saat mati seseorang? Janganlah kita meletakkan diri dan bahasa kita dalam lingkungan seperti nada menafikan perkara ini. 


kita sedar bahawa kita bukan layak memperkatakan perkara ini berdasarkan ilmu pengetahuan yang amat cetek. Namun, wajar setiap kita menyatakan yang haq berdasarkan ilmu yang kita tahu. Bukankah kita sering dengar ayat ini ‘sampaikan olehmu walau sepotong ayat’. Oleh itu, sempena bulan yang mulia ini, tidak salah kita berazam dan memulakan pemikiran baru kita terhadap Islam. Siapa lagi yang mahu menyatakan Islam ini kalau bukan kita yang bernama Islam? Pemikiran kita seharusnya tidak terperangkap oleh bahasa-bahasa budak-budak nakal dalam memperkatakan Islam. Kalau kita bersikap demikian, maka jelaslah bahawa kita sudah terjebak ke lingkungan itu. Pun, masih ada masa untuk kita berpatah balik dan memohon ampun kepada Allah.

Serban & Jubah


Senyuman seorang anak Dusun Islam Ranau. Mungkinkah generasi Islam berwajah ini akan berkembangbiak di Ranau? Harus diingat, perkembangan Islam di Ranau dibawa oleh 2 orang tokoh yang tampil merubah jalan pemikiran dan meluruskan aqidah masyarakat Dusun tika itu; Mandur Syariff tampil dengan perwatakan perubatannya manakala Hj. Zaini al-Palembang tampil dengan dunia sufinya. Serban dan jubah tidak asing di mata masyarakat Dusun Islam kerana beberapa tahun dahulu ia telah dimulakan oleh ulama2 yang datang ke Ranau untuk dakwah Islam.