Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 14 April 2011

Suara Hati Bersama Cahayafm



Suara Hati Bersama Cahayafm – mulakan tulisan anda sekarang.
Kami perlukan tulisan2 anda dalam bentuk yang telah ditentukan. Antara ciri buku Suara Hati Bersama Cahayafm; gambar setia penulis akan dijadikan latar karya2 anda di samping alamat web, blog dan facebook anda turut disertakan. 

Jadikan realiti pengalaman anda di Cahayafm sebagai sejarah Cahayafm. Mungkin hari ini, ia tidak bermakna tetapi, siapa tahu esok ia amat berharga buat anda. Karya hendaklah asli dan belum diterbitkan di mana2 majalah, akhbar dan sebagainya.

Sama2 kita jadikan hasil2 karya dalam buku SHBC sebagai kenangan terindah dalam hidup kita di samping hadiah hari lahir ke 1 tahun Cahayafm pada 25hb Sept 2011. Semua muslimin dan muslimat dialu-alukan menyertai program ini.
Tulis di ruangan page ini

Rabu, 13 April 2011

Kisah Benar

Dua hari berada di daerah sejuk Ranau, terasa mencabar bagi penghidap asma dan resdung. Keadaan cuaca di sini, sedikit berlainan dari daerah2 lain di Sabah. Namun, sapaan sejuk setiap waktu pasti memberi ketenangan bagi pasangan bulan madu.

Sentuhan cuaca di daerah ini pasti menjadikan fikiran anda ligat berkembang justeru udaranya yang sentiasa memberi inspirasi kepada penghayatnya. Ramai penulis bertaraf dunia datang ke sini semata-mata mencari noktah akhir penulisan mereka. Pak Habib, antara penulis tersohor tanah air atau lebih dikenali sebagai Nujum Pak Belalang juga sering ke sini. Saya dan rakan2 Pak Habib seperti Cikgu wahid pasti tidak terlepas menemani beliau.

Personalia dalam perjalanan dakwah; Mohd Fadli, Pak Raja, Abdul Halim, Qobil , Yusuf Din, Abdul Razak, Azman Tawau dan ramai lagi, masing2 ada pengalaman bergelanggang di bumi Sabah dengan program2 dakwah yang kita susun bersambung-sambung. Sungguhpun program2 ini dibuat kecil2an, namun saya bersyukur justeru ia berpanjangan dan konsisten. Mudah2an manfaatnya berpanjangan.

Kisah yang ingin saya kongsikan kali ini berkisar tentang dunia dakwah di daerah sejuk ini. Ada dua orang guru.  Seorang guru tempatan dan seorang lagi jadi tempatan. Saya katakan ‘jadi’ kerana walaupun orang tuanya berasal dari semenanjung, namun, dia dilahirkan di daerah Ranau dan bekerja di Ranau. Bapanya bekas guru pencen juga seorang pendakwah dan pernah bersama dengan rakan2 yang saya sebut tadi. Puluhan tahun menyemai bakti di daerah ini, kini beliau kembali ke semenanjung setelah beberapa tahun pencen. Pun, beliau tidak pergi begitu saja. Tidak cukup dengan ratusan malah barangkali mencecah ribuan bekas2 muridnya, anak beliau yang saya maksudkan ‘jadi’ tempatan tadi, kini menyambung riwayat dakwah beliau di daerah ini dengan mencurah baktii di salah sebuah sekolah pedalaman di sini. Kerana mahu melihat anak murid melangkah masuk ke sekolah agama beliau manfaatkan masa dan kemewahan yang diterima setiap bulan dengan menaja seorang pelajar pedalaman yang tidak berkemampuan masuk ke sekolah agama. Segala keperluan dan bayaran pengajian murid terbabit telah ditaja sebahagian besarnya oleh beliau, Alhamdulillah.


Lain pula kisahnya dengan seorang lagi guru. Guru tempatan ini, degilnya bukan sahaja dengan perbuatan bahkan juga tutur katanya. Sepanjang mengenali beliau, apapun cerita dakwah, tazkirah dan yang seumpamanya akan diabai begitu sahaja . Bukan itu saja , bahasa dan sikapnya seringkali menunjukkan penolakan. Namun atas dasar persahabatan, saya masih terus menelefon, sms, chatt dan sekali sekala mengajak beliau makan2 atas dasar sahabat. Dalam usia  hampir 40-an, bomoh dan pawang ditemuinya semata2 untuk membuang sial dan segala halangan2 yang mendatang pada beliau. Justeru sikap beliau yang agak keras, saya hanya mampu mengesyornya untuk pergi ke Mekkah menunaikan ibadah umrah dan mintalah pada allah apa2 saja hajat.

Sejak 3 bulan lalu, Alhamdulillah. Beliau kini lebih dari apa yang saya jangkakan. Selain solatnya dijaga, wajahnya juga berseri-seri. Bukan itu sahaja,  bahkan dia kata ”saya rugi dan kesal sebab tidak ikut kamu sejak mula. Masa saya terbuang begitu saja.  Subhanallah, perubahannya benar2  tidak saya sangkakan. Semoga dari dua kisah ini dapat kita timba ilmu secara langsung

Ahad, 3 April 2011

Cahayafm.net


Assalamualaikum,

Agak lama SMS tidak membuat pos dalam blog kerana kekangan masa di samping menguruskan radio online Cahayafm. Alhamdulillah, kini radionya semakin stabil selepas melepasi usia 1 tahun dari tarikh kelahirannya, sungguhpun tarikh ulangtahun pelancarannya masih berbaki 4 bulan sebelum mencecah setahun.

Dalam tempoh rawatan Cahayafm, pelbagai langkah saya lakukan termasuklah membentang idea dalam bentuk tulisan sehingga kenyataan di ruang udara. Turut dibuat, promosi dan pertukaran idea dalam mana2 pertemuan dengan rakan2 sekampung, bloggers, individu2 pelbagai latar, AJK2 masjid dan surau, ahli2 koperat, NGO, orang2 agama, jabatan agama serta tidak ketinggalan, orang2 politik. Daripada usaha ini, lahirlah beberapa idea untuk Cahayafm, antaranya niat menyiarkan khutbah2 Jumaat di masjid dan surau di Sabah, kuliah2 Maghrib dan Subuh, liputan sambutan hari2 kebesaran umat Islam, soal jawab agama, forum serta segmen2 pelbagai yang dibawa para deejay Cahayafm. Saya percaya, sebahagian darinya telahpun diikuti para pendengar dalam bentuk pengudaraan dan penulisan sebelum ini. Namun kesemua itu masih belum tercapai disebabkan wujud kekangan2, antaranya;

1. Pihak2 yang berkaitan tidak memberi respon dalam bentuk praktikal meskipun jawaban2 bertulis yang kita terima bahasanya amat menggalakkan.

2. Di peringkat pengurusan Cahayafm, kekangan kewangan membantutkan perancangan. Meskipun begitu, siaran Cahayafm masih mampu terus ke udara sehingga kini.

3. Di pihak penerbit, kekurangannya terlihat dari segi pos2 di laman web dan blog2 sedia ada. Ia amat jarang dikemaskini dengan berita2 terkini. Bukanlah ketandusan berita penyebabnya tetapi, kekangan kemahiran diri yang masih bergantung dengan khidmat editor. 

Sebenarnya, kekangan yang dihadapi bukan setakat itu . Saya hanya menyebut perkara2 besar. Imbaslah tulisan2 lalu, semuanya telah disebut sebelum ini. 

Barangkali selepas ini, umat Islam khususnya di Sabah sama2 mengingat kembali harapan dan maksud sokongan kita terhadap radio online Cahayafm agar kita perkasakan lagi siarannya, segmennya, kerjasama para ahlinya dan semua perihal tentangnya. Jika tidak, maka kelahiran Cahayafm ini hanya akan tinggal seperti ini. Kekal di takuk statik, sedang di luar sana pemantauan pendengar dan pembaca terus berjalan.

Untuk mengikuti perjalanan dan suara2 semua peringkat tentang apa yang saya sebutkan ini, insyaAllah jika berkesempatan, alamat2 berkaitan akan dipaparkan secara berperingkat agar apa yang saya perkatakan ini tidak dianggap barisan bahasa semata-mata. Selepas itu, marilah kita sama2 fikirkan pelaksanaannya pula.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 12 Mac 2011

Ahad, 13 Februari 2011

Khamis, 10 Februari 2011

Wali Hakim



Ikhwan Abdullah
minta pandangan kpda semua kwn2 ni,td dipjbt ada kelurga muallaf nak kahwin..satu klurga dah islam..yg jd muskil aku ni,kenapa lagi perlu dia wali hakim,sedangkan bapanya pun dah masuk islam juga..alasan pegawai perkahwinan ialah,kerana perkahwinan ibu bapanya dulu secara pagan.
 
Sumber; http://www.facebook.com/home.php?sk=group_189780361038717&ap=1

Isu ini bukan pertama kali berlaku di Sabah malah sudah berkali-kali . Isu seperti ini kebanyakannya terjadi di kalangan keluarga mualaf dan tidak berlaku dalam keluarga Islam asal. Persoalannya , manakah hukum/fatwa yang dijadikan sandaran kes seperti ini dan jika ada, mengapa ia tidak dihebahkan melalui saluran2 yang ada; melalui tv, radio atau mana2 media masa secara besar-besaran agar perkara ini jelas dan tidak membingungkan sesiapa. Mungkin ada pihak tidak setuju jika perkara ini dihebahkan secara umum atas alasan mengaibkan Islam. Jadi, mana satu yang mengaibkan Islam? Hukum dibelakangi atau diperjelaskan ? Pada saya, isu ini hanya ada dua hukum; HALAL DAN HARAM@ berdosa dan berpahala@ syurga dan neraka. 

Sepanjang pengetahuan kami ketika masuk Islam dulu , selepas mengucap kalimah penyaksian “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu utusanNya” segala dosa yang pernah kami lakukan akan diampunkan, bahkan kebaikan yang kami lakukan akan digandakan pahalanya kerana status ‘muallaf’. Jika dikaitkan dengan isu di atas, sudah pasti tidak sama dengan apa yg kami faham sebelumnya tentang Islam. Benar, akan berwali hakim jikalau, ibu bapa perempuan itu belum memeluk Islam, pun benar juga jika, datuknya juga masih kafir, atau adik-beradik lelakinya belum cukup umur ketika si perempuan memeluk Islam dan mahu bernikah.

Kami sebagai kelompok muslim yang baru menerima Islam sangat tertanya-tanya tentang isu ini sehingga bila kami tanyakan pada pihak jabatan agama setempat, mereka juga tidak dapat memberi penjelasan yang menyakinkan malainkan bertindak menghantar pasangan2 ini ke Mahkamah Syariah di Kota Kinabalu.

Isu ini turut berlaku pada keluarga saya dan saya turut terlibat mengendalikan isu ini. Akhirnya, pihak mahkamah keluarkan perintah bahawa bapa pasangan tersebut adalah wali atas perkahwinan mereka. Peliknya, pegawai agama di peringkat daerah, habis2an dengan keputusan mereka berwali hakim dan bertegas mereka tidak boleh meluluskan permohonan pasangan tersebut di peringkat ini. Bila sampai ke peringkat negeri, lain pula keputusan yang kami terima. Amat keliru dan agak menyukarkan pihak pengantin dan keluarga yang mahu membina masjid. Kenapa ketidakselarasan ini berlaku? Apakah ilmu jabatan agama di peringkat daerah berlainan dengan peringkat negeri ? Atau ilmu berkaitan keperluan masyarakat seperti ini mereka abai ? Duduknya mereka di kerusi jabatan agama diukur berdasarkan kelayakan dan kelulusan . Bukankah begitu? Isu seperti ini menjadikan pemikiran kebanyakan kami keliru dan ragu. Pelbagai perkara menerawang di fikiran memikirkan perkara ini , antaranya: Kenapa perlu memilih pegawai yang mengelirukan atau kurang cekap mengendalikan kes seperti ini, lebih2 lagi ia berkaitan dengan orang2 mualaf. Sepatutnya golongan mualaf tidak disukari .

Kami minta kenyataan sejelas-jelasnya berkaitan isu ini; Kenapa bapa pasangan ini hilang hak mewalikan perkahwinan mereka dan hanya hakim yang boleh menghalalkan perkahwinan mereka? Kepada para ilmuan Islam, tolong perjelaskan kepada kami isu dan kes ini. Yang mana satukah kebenaran dan mana silapnya? Ibu bapa dan anak2 sudah masuk Islam. Kemudian, anak perempuan mereka mahu berkahwin. Sepatutnya, bapa perempuan itulah yang jadi walinya. Namun, pihak jabatan agama daerah menolak dan menggugurkan hak perwalian bapa perempuan atas alasan perkahwinan mereka terdahulu berjalan secara Pagan/ bukan Islam.

Selasa, 25 Januari 2011

Hiburan Bukan 100%

Salam untuk pendengar setia dan pemikir2 Islam yang tidak jemu membantu mempromosikan Cahayafm  kepada rakan2 FB, blog, web dan sebagainya.  Apa yang anda lakukan itu sudah pasti berteraskan Islam dan bukannya hiburan, kelompok, pengaruh atau apa juga yang bersifat individu. Andai niat kita terkeluar atau tersasar dari niat asal maka, tidak bermaknalah usaha yang kita lakukan itu.


Cadangan, sokongan, kritikan dan apa juga yang kita lakukan di mana2 FB sebagai tanda menyokong dan sebaliknya sudah tentu akan memberi saham kepada kita kelak. Tangan2 kita ini bakal ditanya ketika berhadapan dengan hari pembalasan .  Untuk kesekian kali saya tegaskan,  Cahayafm terasnya adalah perjuangan. Sebagai pengemudi, tidak mungkin kesemua yang terbuku di hati dan fikiran saya dapat kalian selami. Kenapa saya lakukan dan teruskan sebahagian dari apa yang kalian tolak? Salah satu sebabnya adalah kerana perkara ini agak sensitif bagi pihak2 berkaitan. Tidak mungkin juga anda menanti kenyataan saya dalam perkara ini dikemukakan secara terbuka, kerana saya masih memikirkan hal-hal yang mungkin kalian tidak hiraukan disebabkan kalian sendiri tidak pernah mengalami dan merasainya. Namun, kalian akan lebih jelas dan saya sangat mengalu-alukan untuk  membincangkannya secara terbuka dengan saya dengan cara  menambah ( add) skype peribadi saya  ‘aldusuni’ kemudian,  tanyalah saya, kenapa begitu dan begini ? Jika benar dan jelas apa yang saya lakukan itu tidak benar  sehingga menjadikan saya seorang pendosa, maka ketika itu, ajarlah saya apa yang harus saya lakukan sebagai pengemudi dan pemikir perjalanan Cahayafm ini .

Pada saya, hiburan, nyanyian atau lagu di Cahayafm ini perkara ke 100. Sudah berkali saya katakan, ia  bukanlah keutamaan kewujudan Cahayafm.  Namun,  perkara ini jugalah yang seringkali disentuh. Terima kasih, kerana ia menunjukkan perhatian kalian terhadap Cahayafm. Namun, perhatian saja tidak cukup. Adalah lebih baik jika semua pandangan dan kritikan itu bersifat GURU. Guru  bukan sahaja bertindak sebagai  pembuat soalan bahkan, jika murid tidak tahu, gurulah yang akan membimbing dan memberi jalan penyelesaian kepada murid sehingga dapat jawaban yang betul. Kalau hanya bersifat menanya dan meninggalkan  bahasa2 ke arah ketidaksokongan atau seumpamanya,  bagaimana mungkin kami di Cahayafm tahu bentuk2 yang dimaksudkan. Lebih parah lagi kalau bersifat  seperti tikus membaiki labu. Selepas menebuk labu dan kenyang, beredar pergi meninggalkan tahi. Siapa datang menjenguk labu, pasti terhidu bau tinggalannya. Tolong, jika mana2 dj  Cahayafm  dilihat tidak baik, tidak menepati prosedur penyiaran, melanggar batas2 syariat, segera maklumkan pada kami sekali gus  cadangkan mana satu yang baik, jelaskan  tahap demi tahap yang terbaik  itu agar kami dapat  mengikutinya dengan baik dan jelas.

Kekerapan membidas secara langsung  di dinding Cahayafm ini hanya akan mengundang  banyak kesan kerana  ia bukan saja dibaca oleh kita umat Islam tapi oleh  mereka di luar sana. Silalah fahami situasi  ini. Sama2lah kita elakkan agar halaman ini tidak menjadi  seperti  halaman2 lain yang mempamerkan pelbagai ke’tidaksetujuan’, berhujah dan sebagainya sehingga akhirnya menjadi bahan tawa agama lain. Dalam hal ini, telah berkali  juga saya maklumkan agar mana2 cadangan, komen atau apa2 perkara yang menyatakan ketidaksetujuan, hantarkan saja   ke mesej peribadi saya. Saya amat menghargainya.

Selasa, 18 Januari 2011

Dakwah Bukan Fiqh


Islam gagal diterima oleh bukan Islam, bukan kerana Islam atau ajarannya tidak benar tetapi, ia berpunca daripada pelbagai faktor dan pelbagai sudut. Antaranya, kegagalan penyampai atau pendakwah meletakkan hikmah di tempat sewajarnya. Sudut pandangan ini salah satunya boleh dilihat dalam lingkungan pengalaman saudara2 baru yang menerima Islam. Kalau anda kurang percaya, anda boleh bertanya langsung, kenapa mereka memusuhi orang Islam atau membenci   agama Islam .

Mari kita sama2 ikuti kisah seorang guru agama yang mengajar di sebuah sekolah menengah sekitar tahun 80-an bernama Ustaz Salleh, berasal dari semenanjung. Setiap kali ustaz ini masuk ke kelas, setiap kali itulah dia berkata pada pelajar bukan Islam; “Siapa yang bukan Islam, boleh keluar kelas atau ke kantin.” Kata2 ini menyebabkan pelajar bukan Islam bebas keluar dari kelas termasuk saya. Inilah antara masa yang paling disukai kami kerana kami bebas merayau ke mana saja di kawasaan sekolah. Kalaulah hikmah digunakan, masa dan ruang yang dibuang dengan merayau-rayau di kawasan sekolah, sudah pasti terisi dengan dakwah. Itulah masa dan peluang keemasan sebenarnya. Namun, oleh kerana kurang berhikmah, beliau (ustaz) itu telah buang begitu saja masa yang diberi oleh majikannya .

Kesan harian arahan keluar kelas bukan sahaja menjauhkan murid-murid non muslim dari Islam bahkan menimbulkan sedikit demi sedikit rasa benci sehingga akhirnya sentimen memusuhi Islam menebal di hati. Terkadang, rasa meluat timbul bila saja melihat individu beragama Islam . Walaupun orang itu baik dalam banyak perkara, namun bila masuk bab Islam, rasa menolak itu amat kuat. Rupanya arahan keluar yang ditujukan untuk murid2 non, walaupun mengikut prosedur pihak atasan pendidikan ketika itu perlahan-lahan telah menumbuhkan kudis di hati. Anehnya, ia tidakpun disedari oleh orang Islam lebih2 lagi seorang pendakwah. Sayang, syiar yang sepatutnya diberi untuk sekalian manusia tidak merata bahkan ditutup kerana asyik dengan suruhan keluar dan tiada arahan pilihan apalagi pelawaan.

Demikianlah antara peristiwa yang pernah dialami sahabat2 non muslim termasuk saya suatu waktu dulu. Sesungguhnya, dalam menyampaikan dakwah, kebijaksanaan dan hikmah sangat dituntut dan ia tidak harus dilihat dari satu sudut sahaja sehingga kita meletakkan hukum kepada orang-orang yang belum cukup syarat untuk dihukum, sekalipun itu hukum syarak. Justeru, jika dinilai, ilmu dakwah tidak sama dengan ilmu fikah. Percayalah, jika kita asyik menghukum, tanpa melihat siapa yang dihukum, langkah dakwah tidak akan ke mana, bahkan bantut.

Seorang warga Pakistan masuk ke kampung. Kemudian keluar dari kampung. Berkali-kali masuk dan keluar kampung dengan gendongan kain berkilo2 dan tidak berhenti memberi hutang kepada siapa saja pelanggannya tanpa wang muka dengan kata2 “mama, kain baru cantik”, sambil menunjukkan kain baju kepada setiap pelanggannya. Kata tuan rumah, “tiada duit”, “ banyak hulang lagi”, “nanti lain kali”, dan macam-macam alasan. Namun, dia akan jawab, “mama, tidak apa, lain kali saya datang lagi”. Dia pun meninggalkan kain dan pergi. Kemudian, suatu waktu, dia akan datang semula dan mengulangi kata-kata yang sama. Tidak pernah meninggalkan pelanggannya walau apapun keadaan dan jawapan yang diterima sebelumnya.

Begitulah sikap kebanyakan Pakistan yang datang ke Sabah sehingga hari ini. Masyarakat kampung cukup gembira dengan sikap mereka. Walaupun setiap bulan mereka hanya dapat membayar hutang RM10 atau mungkin lebih sedikit, tapi, penjual warga Pakistan tetap ceria. Ini kisah warga Pakistan yang datang ke Malaysia. Mereka berjaya mendekati masyarakat kampung sehingga ada antara mereka yang berkahwin dengan orang2 tempatan di Sabah, termasuklah orang Dusun. Mereka membibit dan beranak pinak di sini hanya kerana kebijaksanaan mendekati masyarakat meskipun tampil dengan urusan cari makan dengan berniaga. Orang2 yang mereka kahwini terutamanya gadis2 kampung, akhirnya menerima Islam melalui perkahwinan. Kemudian, anak2 bijak dari zuriat mereka akan lahir dan sangat bermanfaat untuk Islam jika diurus dengan baik.

Kisah seorang ustaz dan peniaga asing. Mana yang lebih bijak dan berhikmah menyampaikan Islam?